Jangan Sesuka Hati Share Di FB

Jangan Sesuka Hati Share Di FB

Facebook

Salam Satu Blogger. Hari ini nak berbicara tentang share/kongsi sesebuah pendapat atau artikel di FB walaupun kita tak tahu kebenarannya.

Itulah yang berlaku sekarang di FB, jika sesuatu isu itu sangat panas dan sensasi. Beribu-ribu orang akan share dalam wall mereka dan kemudian di wall mereka akan dishare beratus-ratus lagi rakan-rakannya dan seterusnya.

Apatah lagi jika itu mengaibkan seseorang atau terkini mana-mana ahli politik. Hinggakan aku dah muak nak buka FB sekarang ni melihat betapa ceteknya nilai manusia di laman sesawang ini masing-masing bertelagah dan terlalu taksub dengan pendirian mereka.

Tahukah anda, dengan setiap sharing/kongsi yang anda lakukan itu tanpa disiasat kebenarannya dan ternyata ianya palsu. Anda secara langsung telah terjebak dengan dosa!!! Tak perlu ler aku terangkan secara mendalam hukum orang yang menfitnah seseorang samada secara sedar atau tidak. Aku bukan pakar agama....kikikiki.

Dengan sharing yang tak kena tempatnya. Anda juga akan kehilangan ramai kawan yang tidak bersependapat dengan anda. Misalnya anda share hal-hal politik yang agak ekstrem di FB. Memang sah-sah kena block dengan rakan-rakan yang lain pandangan.

Kalau anda nak ekstrem atau sharing-sharing perkara yang panas buat pages FB. Jangan buat di profil anda....mencik aku!!!..kikikki.

Jom kita share tentang motivasi atau agama dan saling mengingatkan sesama rakan-rakan ke arah kebaikan. Dan tahukah anda berapa besarnya pahala percuma yang anda akan dapat jika melakukan semua ini...hehehehhe.

Jom rakan-rakan kita sharing holiday kita, apa kita makan, apa kita buat hari ini di FB ....hehehehehe.
Terbaru lak aku dengar kalau kita sharing tentang makanan di FB, orang itu sebenarnya sakit mental..hehehehhe ( ada baca tak?)

Cuma sebagai insan manusia saya menjalankan tanggungjawab untuk mengingatkan kepada semua rakan-rakan blogger kita.

Catat Ulasan

19 Ulasan

i observed that FB a bit boring nowadays la bang...
Cik Nor berkata…
klu ltk gambar makanan kat blog dikira sakit mental jgk ke?huhu
Unknown berkata…
adohh2... sharing ttg makanan kat fb dianggap sakit mental :D
mental dalam bab makan je kot.. hehehe
Harun Ar berkata…
Share di FB akan dibaca sebanyak rakan dan tautan kita, makanya pilih hal yang baik-baik dan banyak manfaatnya, barangkali begitu ya Bang.......
Unknown berkata…
share sesuatu yang baik sahaja d fb cukuplah kan.. hehe
Unknown berkata…
den skrg menyampah tgk beberapa status kawan di FB , main share jer tanpa selidik benar atau tidak...
Nur Baiyah berkata…
setuju..saya kadang2 terasa nak unfriend je orang yg share yang entah ape2..hihi..
ada juga terbaca yang sharing gambar makanan tanda sakit mental..hihi..
Apepom...Saya amat suka upload gambar makanan..haha
Salmi berkata…
Setuju sangat. Ada juga yang dalam pada berkongsi ilmu-ilmu agama, sempat juga menyebarkan fitnah. Macam mana tu??
Tanpa Nama berkata…
ye..ntah apa2...pening kepala tengok macam tu...
Unknown berkata…
ada baca juga..sharing ttg makanan sakit mental..hehe
Unknown berkata…
sakit mental juga tengok fb sekarang ni =)
Tanpa Nama berkata…
mekasih mengingatkan :D
boni kacak berkata…
itulah.. tapi kebanyakannya yang belum matang lagi bro.. budak2 baru naik. dorang tu yang selalu buat kerja2 macam ni
Mummy MM berkata…
Selalunya saya share gambar lawak dengan gambar John Cena jew.. Hihi..
wantie berkata…
part hilang kawan tu saya sokong. sebab rajin sangat my friend do share itu ini. penuh wall saya dengan share share dia. last saya unfriend dia.

dah asyik muka die je yg keluar. dah le tu apa yang dia nak share bukan bawa faedah apa apa pun. kejap keapo share, kejap kejap share. mencikkkkkkk

wantie berkata…
ada tonton rancangan doktor dari mata ke hati tu. lupa lak nama dia.

ada la dia sentuh yg benornya kita tak pandai menggunakan media perhubungan dengan betul.

apa yg kita nak tunjuk bila tunjuk gambar " semangkuk Mee Udang" pas tu tunjuk gambar mimik muka begini dan begitu.. apa kita dapat?

beliau cadangkan agar rakyat malaysia ni like page tentang benda benda yang boleh memberi manafaat dan ilmu. agar masa berinternet tak terbuang begitu sahaja.
haryati berkata…
selalu share benda2 yg berfaedah je, cam kata2 motivasi ke... petua ke?... selain dr tu mintak maap la tak minat hihi
Unknown berkata…
sungguh!! share sembarangan pon x boleh jgak..tmbah2 klau bkaitan ugama nih..mesti kena ada dalil yg menyokong..

husna ada baca yg share gmbar mkn di fb tuh..x pasal je kan..tsssk..x kira nk share jgak..=P
Unknown berkata…
kita share yg elok2 saja......