Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013
"GURU MALAYSIA: 1ASPERASI, 1AGENDA"
Itulah tema tahun 2013 untuk Hari Guru yang disambut pada hari ini 16.05.2013.
Tanpa mereka siapalah aku sekarang...

Mereka semua umpama lilin yang membakar diri mereka untuk masa depan kita.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua mereka yang pernah menjadi guru aku.... 


Bila hari Guru menjelma teringat  zaman sekolah dulu, Aku dulu Sekolah di Sekolah Tinggi Melaka dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

Memikirkan waktu aku remaja dulu mesti pening guru-guru aku melayan karenah nakal kawan-kawan aku. Aku dulu masa belajar budak baik..heheheh. Yang nakal kawan-kawan aku.............

Gambar ini diambil semasa aku Tingkatan Enam dahulu. Macam biasa ler penuh pompuan dari lelaki..Lelaki ni malas. 

Kalau tingkatan enam dan universiti penuh dengan pompuan ajer. Lelaki ini dah macam barangan antik..hehehehehe. Maksudnya menjadi rebutan...hahahhahahaha

Tiap-tiap tahun mesti ambil gambar kelas, kau tengok tu budak-budak lelaki yang bergambar tu. Tak der disiplin. Cuma aku ajer yang kemas kedudukan atau erti kata lain formal...hhihihihihihi.

Aku dapat bayangkan mesti pening cikgu aku kan..Nak bergambar pun tak ada disiplin apatah lagi masa mengajar....

Aku sayang semua cikgu!! Maafkan aku Cikgu jika kami dahulu selalu buat cikgu darah tinggi. Bila dah tua ini baru tahu susah jadi cikgu...
Cikgu sekarang bertuah ...gaji cikgu setiap tahun naik ajer..kikikiki.


Catat Ulasan

10 Ulasan

Cik Nor berkata…
selamat hari guru..:)
diari farisha berkata…
semoga semua guru lebih komited mengajar anak didik mereka :) selamat hari guru....sambil komen ni nak jemput join GA Farisha --->> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/05/1st-big-giveaway-diari-sedetik-lebih.html
Tanpa Nama berkata…
rasanya hanif idrus duk depan 2 dari kiri ye?selamat hari guru buat semua guru2 di mana saja berada...
boni kacak berkata…
Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang ada di atas muka bumi ini..haha
Unknown berkata…
menjadi rebutan ye.. hehehe.
rindu pulak ngan zaman sekolah :D

selamat hari guru buat semua warga pendidik.
haryati berkata…
selamat hari guru...

itukah anip????
wantie berkata…
jadi budak sekolah satu pengalaman yang best. BTW selamat hari guru utk semua guru. dan untuk HI jugak. HI pun guru jugak kan.

Guru tuk anak anak kira guru jugak pe.
Unknown berkata…
HI dua dr kiri dduk depan kan?? haha..

selamat hari guru jugak buat para pendidik di malaysia..=D
Unknown berkata…
susah nak teka......he3
tapi bro yg duduk kiri sekali kut......
OKje berkata…
duduk 2 dari kirikan....sama je muka tu