Ada yang bekerja di bidang contruction, Petronas, Auditor, Manufacturer, IT, Medical dan lain-lain. Ada dalam 2 orang student yang baru habis diploma pun ada. Tapi rata-ratanya yang amik part time Safety Officer ini semuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing yang minimum kerja lebih 10 tahun.
Dan hari ini aku dapat melihat satu perkara yang aku lihat dalam The Apprentice Asia iaitu apabila terlalu ramai dalam kumpulan tersebut mempunyai pelbagai ilmu dan pengalaman yang tinggi pasti akan berlaku masalah dalam pendapat.
Semasa trainer membahagikan kumpulan membuat tugasan safety pasal Emergency Response Team, masing-masing nak tunjuk kepandaian masing-masing dan masalahnya sukar nak ubah nak pendapat mereka ini..hehehehehe. Dan aku pun sama jugak ler, takkan nak kalah dalam mengutarakan pendapat..kikikiki. Bila banyak argument maka kerja pun tak jalan ler.
So tindakan seterusnya dalam kumpulan, kami bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil agar tidak terlalu ramai yang fokus terhadap satu tugasan tersebut. Inilah masalahnya kalau bekerja dengan orang senior ini, susah nak berbincang..hehehheehe.
Apabila aku mengalami keadaan macam ni baru aku sedar, macam tu ler perasaan anak buah aku yang selalu terpaksa mendengar bebelan dan keputusan aku....hehehehehe.
Pengajarannya ialah apabila kita berbicara dengan orang-orang yang macam ini,pastikan sentiasa buat selamba ajer. Kalau kau kata A kau kata A ajer ....jangan ubah-ubah kalau tak kau jadi macai tukang tulis dan buat presentation ler..hahahahahaha. Mereka semua memang bagus manipulate kalau kau mengiyakan ajer. .
Apa nak buat, benda-benda macam ini perlukan skill yang aku panggil "skill pengalihan". Dimana sesuatu masalah tu kita alihkan kepada seseorang dengan cara terus atau tidak. Nak belajar ilmu ini memerlukan pengalaman minimum 5 tahun dan pernah menjadi macai berkali-kali..hahahahahha.
Memang menarik latihan ini, dapat melihat sikap senior ini dan teringat kembali masa mentah dahulu bekerja. Kena raging sebab budak baru dan semua kerja dilambakkan di kepala kau. Tapi itulah pengalaman bekerja semasa jadi junior dan senior.
Kau orang semua macam mana, pernah kena buli tak masa mula-mula bekerja?
8 Ulasan
macam mana nak mendaftar ye?
boleh buat part time tak?