Hanif Idrus Memancing Lagi

Hanif Idrus Memancing Lagi

Salam satu blogger,  Hari ini nak cerita tentang memancing pula...

Balik ajer dari training SHO ( Safety And Health Officer) hari Sabtu dan malamnya terus memancing di laut menggunakan bot tongkang kayu.

Baru bulan lepas tempoh hari pergi memancing dan bulan ini pergi lagi sebab rakan yang mabuk laut tak puas hati...hahahahaha.

Kali ini kami gerak pukul 9.00pm dan balik pukul 9.00am. Selama 12 jam kami hanya mendapat 4 ekor ikan yang kemetot ajer..hehehehee.

Air laut cantik....ombak cantik...tapi ikan tak cantik. Menurut pakcik tongkang tu ini disebabkan air laut jernih sebab tu ikan tak der.

Dari segi kiraan bulan penuh dan arus kuat , rakan aku buat pengiraan memang betul tapi tiba-tiba ada istilah air laut jernih dan keroh lak..hehehhehe. Kalau air laut keroh ikan memang banyak..

Habis memancing kami pergi sarapan pagi dan gambar ikan tidak diambil kerana tidak dapat menerima kenyataan..hahahahaha.

Walau apapun kami tidak ler sedih giler-giler, ini cuma hobi sahaja tapi disebabkan tak dapat ikan maka dah timbul planbaru nak pergi memancing lagi..ahaks..


Catat Ulasan

12 Ulasan

Aimacomel berkata…
ikan merajuk kot =)
Tanpa Nama berkata…
seronoknyer...
MalizaMah berkata…
huuu salah satu aktvt yg leeza kurang gemar.
Mummy MM berkata…
Kesiannya.. Tak ada ikan.. Melepak jer lah kat sana.
Unknown berkata…
takde rezeki bro...kena pi lagi lah jawabnya.....
Maria Firdz berkata…
memancing boleh jadi ketagih wpun ikan x mengena... hehe.. teringat zmn mmancing dolu2.. :)
Blog Santai berkata…
Kalau mereka yang gila pancing..tak dapat ikan pun tak pa janji pergi, betul tak nif..
Hootoh Blog berkata…
xde luck namanya, tapi benda mcmni la yang bagi rasa tak puas hati, pastu mula la nak repeat lagi sekali..
Cik Nor berkata…
ikan menyorok tu a.hanif..hihik
wantie berkata…
hahaha...plan baru? memancing jugak lepas ni.

nanti dapat ikan jgn lupa tayang kat kami.
Zam berkata…
bestnye g memancing! zam ni xde pluang lg
OKje berkata…
Kalau tak dapat ikan jangan terjun laut pulak hehe