Kesalahan Blogging Untuk Newbies

Kesalahan Blogging Untuk Newbies

 Newbies
Hari ini nak bercerita tentang kesilapan newbies dalam berblogging. Aku rasa semua blogger yang mula-mula berblogging akan melalui jalan salah ini.. hehehehhehe.

Aku mula berblogging pada tahun 2010, aku memang cukup bersemangat pada masa itu kerana akulah satu-satunya insan yang berblogging di tempat kerja aku.
Masa mula berblogging , aku sendiri tak kenal apa itu maksud blogging!!!

Aku memang tidak begitu faham tentang blogger ini dan dalam masa setahun memang aku banyak membuang masa.  Dan aku tahu aku akan membuat banyak kesilapan tetapi aku tahu aku akan pelajari banyak perkara melalui kesilapan ini

Dan setelah 3 tahun berblogging ini, aku nak berkongsi kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh blogger newbies seperti aku dahulu agar anda tidak membuang masa seperti aku ini..hahahhahaa.

Penceritaan Pelbagai Topik?

Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh semua blogger dan hingga kini aku masih melakukan perkara ini.
Dimana aku tidak mementingkan niche blog aku. Aku tulis secara random dan menulis apa yang tertulis di akhbar aku huraikan. Kadang kala aku menulis sesuatu penceritaan yang terlalu mendalam dan serius. Setiap hari aku menulis topik yang berlainan.

Maksud Niche Blog ialah pengkhususan sesebuah blog kepada sesuatu topik atau perkara, sebagai contoh blog gadget, blog ini akan menceritakan dan berkongsi segala berkait dengan hal-hal gadget.

Dalam Malaysia, secara jujur susah untuk mencari dan mengikuti niche blog ini, tidak banyak blog yang boleh diikuti. Dan jika anda mempunyai kemahiran untuk membuat niche blog ini, sudah tentu kebarangkalian untuk blog anda berjaya amat tinggi.

Apa Yang Patut Kita Lakukan: Sebelum memulakan blog anda harus memilih niche untuk blog anda. Untuk memudahkan niche ini dipilih, pilihlah bidang yang anda minati!! Pendek kata setiap artikel itu mempunyai perkaitan niche antara satu sama lain. Jika anda minat memasak cerita tentang masakan..

Jumlah Kuantiti Adalah Lebih Penting Dari Kualiti?

Sentiasa menulis artikel yang berkualiti. Aku rasa aku mula menulis secara kualiti pada tahun ini kot....hehehehehe. Pada zaman permulaan aku berblogging, kuantiti menjadi pilihan utama  dengan hanya meletakkan gambar dan jumlah ayat dalam 80 patah perkataan sahaja.. Janji tulis!!

Kemudian aku ingat aku dah pandai, aku nak kejar Alexa aku copy banyak artikel di akhbar dan sehari aku post dalam 5 hingga 6 artikel!! Dalam tahun 2013 baru aku cuba membuat artikel sendiri tetapi kadang-kadang aku copy paste ajer..hehehehee.

Apa Yang Patut Kita Lakukan : Sentiasa berusaha membuat entri yang berkualiti melalui minat anda seperti gadget, fotografi dan lain-lain

Komen Di Blog Orang Hanya Membuang Masa?

Aku sentiasa berfikir komen di blog orang  ini membuang masa sahaja. Aku tak sedar blog commenting amat penting dalam exchange comment dan juga menjana pengetahuan ke arah artikel kita yang akan datang.

Tahun 2011 aku menukar rentak mencuba blogwalking melalui publish box dan kemudian aku mencipta bloglist aku sendiri dan memastikan setiap minggu mesti pergi ke blog mereka. Wau!!! komen box aku sehari dapat 2 komen secara tiba-tiba naik!!!

Apa Yang Patut Kita Lakukan :  –Baca artikel dari blogger-blogger terkenal untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Setelah pelakuan ini menjadi habit, mulalah blogwalking dan komen ke blog-blog rakan baru.

Blogging Untuk Duit ?

Ini lah yang paling teruk sekali...hehehhhe. Aku akui salah satu minat pertama aku berblogging kerana aku mempunyai mimpi indah nak kaya melalui internet.

Aku asyik memikirkan tentang uang hingga semua advertiser yang ada aku join. Tapi realitinya bukan senang nak kaya melalui blogging..hahahhaa.

Jika satu iklan yang di klik kau hanya dapat RM0.25...bila masa kau nak kaya...!!!
Akhirnya aku tahu, aku kena kuatkan blog ini dengan trafik yang baik maka bukan iklan RM0.25 yang aku dapat tetapi iklan sponsor pun mampu suatu hari nanti...

Apa Yang Patut Kita Lakukan :  –Menjana pendapatan dalam berblogging tidak salah. Ramai blogger hanya hangat-hangat tahi ayam kerana pemikiran uang dalam kepalanya...
Berblogging dengan cara yang betul dan uang itu akan datang dengan sendirinya.

Itulah kesilapan yang sering dilakukan oleh kita sebagai blogger newbies dan kadang-kadang sebagai blogger lama pun tersasul jugak..hehehehhe.

Apa yang aku lihat niche blog aku harus diperkemaskan lagi.. So besok aku nak bercerita tentang niche blog lak...

Anda pula macam mana semasa mula-mula berblogging?

Catat Ulasan

24 Ulasan

Abam Kie berkata…
salam. sy mula berblog sejak 2007 dgn wordpress. pas tu gi ke blogspot. tapi bila x de response dari org ramai maka sy kecewa utk berblog. cuma akhir thn lps baru sy buat rebranding blog. harap2 kali ini terus mencanak2 naik rating blog sy ini. InsyaAllah.
Bunda_nora berkata…
assalam,

setelah membaca artikel ini bunda dapat serba sikit ilmu berblog...rasanya blog bunda takder dlm ciri2 yg dimaksudkan dlm artikel ini...tetapi memang secara jujur bunda berblog dgn maksud asal hanya suke2 utk mengisi waktu dan juga bkn kerana wang...dlm diam2 tak sampai setahun lagi bunda sedar sejak beberapa bln kbelakangn ni blog bunda hampir dikenali (btul ke, atau bunda jer perasan lbh)..ini kerana tiap kali entri baru ramai yg masuk komen..kdg2 bunda tk berkesempatn nk jwb semua...yg paling teruja tiba2 satu dua blogger otai juga sudi ke teratak bunda...Alhamdulillah..
Firdausy CiLiKku berkata…
belajar dari kesilapan itu yang sebaiknya.. huhuhu.. saya budak baru belajar kalu salah tolong tunjukkan.. info yg bagus..
Cik Nor berkata…
good sharing..
Kak iman berkata…
ala bk plak blogging sje2 je
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif! sheila setuju. sheila dulu siap off comment box kat blog sndiri sampai suatu hari ada orang email kata minta dibukakan. sebab katanya komentar org sangat bagus untuk exchange blog! yaa, skrg dah maju selangkah demi selangkah! thanks for the tips. sheila nak share dekat fanpage sheila tau :)
Unknown berkata…
haha , mula mula blogging saya syok sendiri ! hahaha , rasa malu plak kalau bukak entri lama , tapi itu lah pengajaran untuk saya , keh3 , alhamdulillah , niche blog pun dah ada , setiap entri mesti ada kaitan dengan niche saya , insyALlah , terima kasih info nih !
Carlos Santiago berkata…
blogging untuk hilangkan boring. sharing information dan menyatakan pendapat.
Sukma berkata…
banyak yang kena belajar lagi dalam pengurusan blog....good sharing....
diari farisha berkata…
saya bukanlah blogger yg baik..huhu..kena perbaiki
Mummy MM berkata…
Blogging since 2010. Tak ada niche. Tak pernah komen and follow owg. Blogging macam syok sendiri. Tapi 3 bulan lepas tu berhenti sebab kena serang anon. 2012 mula balik dengan semangat dan teknik yg betul.
terima kasih perkongsian ini. banyak kena belajar dari en.Hanif lagi..
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI,
Selamat kembali kepangkal jalan..hehe
Benar kata tuan, tidak mudah untuk membuat blog yg bertema dan ada niche tersendiri, kebanyakannya sama saja. Mengekalkan entri mengikut niche satu lagi hal yg paling susah. Itulah yg saya alami.
Tapi yg paling terkesan bagi saya, sejak blogging ni, sudah semakin baik dlm penulisan (ketawa sendiri bila tgok entri awal2 dulu) dan mendapat pelbagai maklumat terutama melalui BW dan mencari bahan entri.
Tanpa Nama berkata…
bagi aku penceritaan bagai-bagai topik dalam satu entri memang tak bagus...

tapi untuk banyak2 entri ni best jugak...

takde la tau benda yang sama je

:) penulisan kan ada mcm2 rentak...
FaizalRSD berkata…
First nak puji:loading blog ni memang laju gila.thumbs up bro!
tentang niche tu susah sikit sebab minat terlalu banyak benda.buat banyak blog kang tak terlayan pulak.
Unknown berkata…
masa mula2 berblogging malu. nak pegi komen kat blog orang lain malu. nak join kontes malu. nak promote blog sendiri pun malu. tulis sendiri sendiri. syok sendiri.. hahaha..
wantie berkata…
rasa mcm susah tau kalau nak buat blog yg spesifik utk satu topik je. kalau ada pengetahuan yang luas. terbaiklah..

lagi satu. kelebihannya membuat bloh satu topik ni secara tak langsung akan memberi pengetahuan kepada diri sendiri jugak. mana taknya , kena buat research dan rujukan betul betul. agar maklumat yang di berikan tu tepat dan boleh di guna pakai..

wantie berkata…
kekadang rasa jemu pulak. asyik dok citer benda yang sama berulang ulang.

Mungkin sebab tu ramai yang buat entry yang dah jadi mcm rojak. segala hal ada. hahaha
Unknown berkata…
mulanya ia lebih kpd diari lepas tuh mula teringin nak buat duit dgn blog..tp bukan sng kan..=)
Unknown berkata…
saya setuju sangat yg komen kat blog org tu, dulu malas gilaaa nak buat tp skarang tak lagi. hehhe
OKje berkata…
TQ...share ni Nep....
Memang BW penting...tak BW..tak datang le org kat blog kita huhu
Unknown berkata…
XTAU PUN APE TU BLOG MS MULE2 BUAT THN 2007.. MAIN BEDAL JE.LPS TU X TAU NK WAT PE, SENYAP LAA..
BILE MSK KJE GOVMENT, BARU LA CELIK SKIT PSL BLOG NI MS TU THN 2010.. MMG SEMNGAT MEMBARA2 LAA, CARI INFO PSL BLOG..

ADE2 MS MLS NK UPDATE, SO TERBENGKALI JG LA 2-6 BLN, ADE MOOD BRU SMBUNG BLK...

TP X PNH LAK TERFIKIR NK CARI UWANG MELALUI BLOG MS MULE2 DLU.. WLUPN SKANG MMG ADE KEINGINAN NK DPT DUIT DR BLOG..

BUT BLOG KITE LOW FROFILE JE.. HIHI
A-z vape shope berkata…
terima kasih...bg yang newbies mcm saye...banyak yg sy dapat blajar dr blog tuan...huhuhuhu
A-z vape shope berkata…
terima kasih...bg yang newbies mcm saye...banyak yg sy dapat blajar dr blog tuan...huhuhuhu