Maxis Tesco Melaka Customer Service Worst

Maxis Tesco Melaka Customer Service Worst

Maxis Tesco Melaka Customer Service Worst
Salam satu blogger. Hari ini aku memang cukup marah pada Maxis. Perkhidmatan syarikat swasta yang paling teruk pernah aku lalui.

Ceritanya begini, hari ini pada 30.06.2013 aku pergi Tesco dengan mak aku. Alang-alang dah sampai Tesco Melaka aku ingat nak bayar sekali bil broadband Maxis aku yang berharga RM88.
So aku dengan 2 orang pelanggan beratur nak bayar bil. Di depan sekali pekerja kaunter tu tengah layan customer nak beli handphone.

Aku rasa mesti lama ni. Kami tiga orang termangu-mangu beratur. Kaunter satu lagi kosong tak der orang sebab dia pun layan customer nak beli handphone.
Salah satu pelanggan sebab lama sangat beratur dia pun belah dengan air muka marah.

Aku pun tanya pekerja kaunter depan tu.. Bila boleh bayar bil. Dia kata on the way tanpa pandang muka aku!!!! Aku dah angin ni....
Sibuk layan pelanggan nak beli handphone kot.

Lebih kurang 15 minit aku tunggu, aku tanya mamat yang kat depan tu bila boleh bayar bil.
Baru dilayan setelah ditanya.....

Muka dia pun macam hawau...langsung tak minta maaf pasal kami beratur  lama.
Aku tanya pada pekerja kaunter tu, " You tak der back up orang jaga kaunter ker".
Aku kasi panas lagi " You tahu tak tangan I lenguh pegang barang tunggu service you all" sambil menunjukkan barangan yang aku pegang.
Aku kasi lagi panas, sambil cakap " Kami datang nak bayar wang bukannya minta wang. Service pun lambat maaa".
Dia sepatah pun tak jawab soalan...

Setelah bayar aku pun belah. Aku rasa kalau Maxis ada 20 orang pekerja macam ni  di  Maxis Tescco Melaka sure Maxis tutup tak lama lagi.

Pelanggan baru kalau datang.....punyalah layan sampai kami yang nak bayar bil ni tak dipandangnya.
Mungkin kalau dapat pelanggan baru...dia orang dapat komisen kot berbanding kami yang hanya nak bayar bil sahaja.

Dahlah Maxis berukband ni lajunya macam siput. Ditambah pekerja yang sombong di Maxis Tesco Melaka. Bukan seorang tapi semuanya.!!!! Memang teruk!!

Aku dan pelanggan lain bukan minta layanan istimewa. At least bila kau orang lihat kami beratur lama. Jumpalah kami, minta maaf dengan beri alasan sebab orang tak der ker atau tipu ajer lerr.
Ni buat bodoh dan anggap kami tak ujud. Bila ditanya, tak layan kami pula.

Saya secara keras ingin membuat aduan pada Maxis iaitu customer service Maxis Tesco Melaka you all is the worst!!!! You anggap kami ni bukan customer dan kami pula kena respek u.

Kalau Maxis ada ISO 9001:2008....saya nak ajar sikit. Intipati dalam ISO9001 ialah fullfill customer requirement.  Itu diguna pakai dalam mana-mana  perkhidmatan pelanggan.

Requirement kami ialah perkhidmatan cekap and respect your customer.
Kalau jabatan kerajaan aku boleh terima lagi peel mereka tapi syarikat swasta yang punyai banyak saingan boleh berlagak pula.

Aku rasa bulan ni last aku pakai Maxis. Walaupun berukband lembab tapi aku fikir senang nak buat payment sebab tiap-tiap bulan aku pergi Tesco. Kalau macam ni.....baik aku close akaun ajer.

Kalau mereka kata boleh bayar online...aku akan kata jangan guna alasan itu. Aku suka bayar di kaunter.
Kalau Tesco Maxis Melaka tiada kemampuan layan kami si pembayar perkhidmatan merangkumi penbayar gaji anda. Baik tamatkan perkhidmatan tersebut disana.
Fokus sahaja jual handphone dan line anda. Lagi banyak komisen 2 orang mamat tu boleh dapat....

Overall....aku boleh katakan ni management problem. Ingat Maxis!!!!!!
Maxis Tesco Melaka is the worst customer service.. Customer it not a king by they are!!!

Banyak sejarah syarikat besar tutup hanya kerana leka dengan kehebatan lalu hingga lupa upgrade diri anda.
Jangan terlalu bangga. Aku tahu jika aku tamatkan akaun aku bukannya akan memberi kesan pada Maxis tapi aku yakin lama kelamaan jika attitude pekerja anda tidak dikawal. I'm sure other company akan cut you all.

Sebagai seorang pengguna dan punyai hak sebagai pengguna. Goodbye Maxis!!!
Kalau nak tahu lebih lanjut saya bayar pada 30.06.2013 pada pukul 15.56.47.

Maaf jika saya mengguna bahasa yang kasar tapi aku betul-betul frust with Maxis employee. It not about money but respect between human.

Jika aku tak highlight masalah ini, mereka yang sombong ini pasti akan memberi nama buruk kepada Maxis.
Maxis Tesco Melaka Customer Service Worst

Catat Ulasan

13 Ulasan

amirofie berkata…
Bro, my advice.. change to CELCOM!!
amirofie berkata…
Saya pernah kena macam ni masa dulu-dulu bayar kat kaunter. Rasanya dah lebih 10 tahun yang lalu. Then I changed to Celcom. Sampai sekarang masih dengan Celcom. Kalau servis sama macam 10 tahun dulu, better change to other provider.
Unknown berkata…
Aku betul-betul frust dengan Maxis tadi. Tiada senyum dan tiada responbila kit acakap dengan mereka..frustated betul..
Tanpa Nama berkata…
memang bengang dengan maxis...kredit prepaid asyik kena potong je...kalau kita tanya dia kata kita ada langgan itu lah,inilah..sakit hati...
3no gr33ny berkata…
hamba tidak gemar bayar broadband di tempat berkenaan..huhu
Bunda_nora berkata…
assalam,

ini melambangkan budi bahasa orang kita masih rendah, terutama bagi mereka yang bekerja berurusan dengan orang ramai..
Mummy MM berkata…
Masa untuk berubah.. Hihi..
wantie berkata…
citer maxis ni. bukan kat situ je HI. memang dah malas. kalau bab charge buta memang kerja la kan.

sekarang tengah cari proof. mcm mana kita nak check yg kita guna wifi lain tapi maxis boleh charge?

dah dua kali kena!
maszull berkata…
assalamualaikum hanif...yer la kekadang mereka ni buat kita mcm apa je...bukannya kita nak minta disanjung tapi hormatlah customer sikit yer x...;)
Unknown berkata…
kalau dah tahu bukak kat tempat public ramai...depa kena lah tambah kaunter..... itulah..kekadang sibuk nak kejar komisen ...pelanggan lain terabai....
OKje berkata…
Ni memang marah betul ni....Takuttt....
Agaknya sebab tak sabar nak balik masak tengkuk ayam kot hehe
ayut berkata…
highligt jgn xhighlight... :) at least diorang tahu bila terlibat dgn customer service ni bkn senang...hihihi
Tanpa Nama berkata…
bende ni small matters je sebenarnya tapi diexaggeratekan.i ni keje hotel,guest pun kadang2 terpaksa beratur panjang....lagilah yg beratur tu ada yg nak check out nak catch flight bagai...

sorry to say....pada i lah....u yang sombong.u dah jerkah2 staff tu buat ayat bikin panas bagai....

pastu....u nak expect staff tu sorry2 kat u ke?i tau macam mana rasanya kalau orang datang tempat kita,lepastu biadap.ibarat awak datang rumah orang,tapi awak nak buat kekwat....lumrah keje kat kaunter ni terpaksa menunggu.konsepnya,first come first serve,somehow orang nak beli henpon mestila lama kan.i pun kadang2 terpaksa layan customer lama sebab bil sampai 40 ribu bagai,bil sampai 16 muka surat so bende tu jadi lama sbb customer tu nak menelaah bill dia.walaupun u cakap intipati iso perkhidmatan cekap and respect your customer,tapi respect sesama insan tu mutual.....u nak orang hormat kat you,u nak good service,tapi in the first place u dah petik2 kemarahan dia...i pun kalau jumpa customer mcm ,u nak i menjawab apa kan?

i pelik orang malaysia kalau beratur kat kfc line panjang2 sampai 15 mins xde lak buat rusuhan komplen kat blog bagai....