Alvin Tan dan Vivian Dibenar Ikat Jamin

Alvin Tan dan Vivian Dibenar Ikat Jamin

Alvin Tan dan Vivian

Aku tengok gambar kat atas tu meluat lak aku tengok. Masih lagi dengan sikap berlagaknya tu. Walau pun kena bayar ikat jamin RM30,000 tapi masih mampu tersenyum.

Aku rasa beliau dari keluarga kaya ini sebab tu tak der aktiviti lain nak buat selain berbogel dan menghina agama lain. Sayangnya ibu bapa mereka dapat anak kepala pening macam ini.....hehehehe

Selepas lapan hari bermalam di penjara, pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee lega, apabila dibebaskan selepas selesai urusan jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Ketika ditanya media, Alvin hanya menjawab, 'not bad' sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan media.

Pasangan itu dilihat hadir di Mahkamah Jalan Duta, diiringi polis dan peguam masing-masing kira-kira jam 10.00 pagi sambil tangan masing-masing bergari dan terus menuju ke kaunter bayaran jamin.

Mereka hadir untuk menandatangani dokumen jaminan, selepas membayar jumlah yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin.
Alvin Tan dan Vivian

Pasangan berkenaan, masing-masing memakai pakaian yang sama ketika hadir ke Mahkamah Sesyen minggu lepas dijamin oleh ibu Alvin dan seroang rakan mereka.

Setengah jam kemudian, mereka meninggalkan mahkamah dengan menaiki dua kenderanan berasingan.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Alvin Tan dan Vivian

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar atau gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat tambahan, iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan dikehendaki melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. harap2 depa ni serik lah lepas ni. semoga menjadi pedoman buat orang lain yang fikir2 nak mempersendakan agama orang :(
sensasi2020 berkata…
Satu pengajaran untuk mereka supaya lebih berhati-hati dengan tindak tanduk terhadap sesuatu, jgn semarakkan api perkauman, lebih lagi berkenaan Islam..
sensasi2020 berkata…
Syarat2 yg ketat dan apsport ditahan dan laopr diri dan disekat akses komunikasi amat bertepatan..sekali. Insaflah wahai dua pasangan yg jijik ni..
Tanpa Nama berkata…
pandai lak vivian ni sorok2 muka dia..hehehe..
Zawiah berkata…
yg peliknya , masa berbogel kat internet tak malu aka sangat bangga tapi bila depan kamera aka wartawan , si perempuan sibuk lak tutup sana , sini ...
3no gr33ny berkata…
harap inilah kali terakhir
Bunda_nora berkata…
memang sengaja cari nahas..tak semenggah..
ayut berkata…
pengajaran...same2xla kita menjaga sensitiviti setiap kaum kat Malaysia ni...