Tetapi dugaan terberat aku semenjak berpuasa ini ialah berat badan makin naik...hehehehehe. Termasuklah berat badan orang rumah aku sekali.....hahahaha.
Sepatutnya bulan puasa ini at least dapat kurangkan berat badan dalam 2 kg. Ini semua gara-gara Bazar Ramadhan yang terlalu kerap aku pergi.
Pada mulanya memang kami plan masak di rumah sahaja untuk berbuka puasa ini tapi sepanjang perjalanan pulang ke rumah penuh dengan bazar ramadhan hingga ke selekoh masuk ke taman aku!!.
Betapa besarnya dugaan sepanjang kami masa nak balik kerja. So itulah sebabnya dalam satu minggu, hampir 4 kali kami singgah ke Bazar Ramadhan.
Kalau dah singgah ke Bazar Ramadhan masih boleh dimaafkan. Itu normalkan semua orang singgah Bazar Ramadhan.
Masalah utama ialah budget Ramadhan. So aku dan wife aku target habiskan RM10 ajer kalau pergi ke Bazar Ramadhan tapi malangnya budget kami selalu terlebih banyak ..heheheheheh. Itulah salah satu sebab diet kami gagal kerana terlebih makan dan membazir...hehehehehe.
Kedua ialah kekerapan customer belanja makan..huhuhuhu. Bayangkan kalau makan buffet ada ais krim, ABC , daging kambing, Yo Tau Fu dan macam-macam hummm... memang tak boleh ditolak.
Air muka customer kena jaga gak, dah lah dia bayar mahal-mahal kau pula makan sikit-sikit nanti kecil hati dia...hahahahaha.
Sememangnya dalam bulan puasa ini aku gagal menahan nafsu. Bazar Ramadhan ini pun satu hal, time bulan puasa macam-macam kuih-muih muncul. Pertama kali aku makan Akok memang meletop!!
Makan Nasi Ambeng spesial, ayam penyet, beriani gam dan macam-macam lagi...hehehehehehe. Ini belum dikira pelbagai minuman istimewa bulan puasa seperti Air Kathira.
Bagaimana puasa rakan-rakan blogger semua ?
7 Ulasan