Pusat Global New Century Bangunan Terbesar Dunia

Pusat Global New Century Bangunan Terbesar Dunia

Global New Century
Tidak kira sama ada anda hendak membeli-belah, berenang, meluncur ais, berjemur atau, semuanya boleh dilakukan di bangunan paling besar di dunia.

Global New Century Pusat Global New Century di Chengdu, wilayah Sichuan, China mampu memuatkan 20 Sydney Opera House atau tiga Pentagon di dalamnya. Dengan keluasan 19 juta kaki persegi, ia mengandungi pusat beli-belah, sebuah perkampungan ala Mediterranean, taman air, gelanggang luncur ais dan beberapa hotel. Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai cuaca di dalam bangunan kaca itu kerana kompleks gergasi itu mempunyai matahari tiruan sendiri.

Panjang bangunan itu ialah 500 meter, lebarnya, 400 meter dan tinggi, 100 meter. Menurut pegawai China, Pusat Global New Century itu adalah bangunan yang berdiri sendiri terbesar di dunia dan mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Global New Century  kata pemandu pelancong tempatan, Liu Xun. Menurutnya, matahari buatan manusia yang dibina dalam bangunan itu mampu membekalkan cahaya dan suhu panas sepanjang 24 jam sehari untuk pengunjung membeli-belah di butik dan kedai yang seluas 400,000 meter persegi.
“Ini ialah bandar raya lautan yang dibina manusia,”

 Bangunan itu yang terletak bertentangan dengan Pusat Seni Kontemporari Chengdu, direka oleh arkitek Britain keturunan Arab, Zaha Adid.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
huh.... besar tu bro...... melampau lampau......
Bin Muhammad berkata…
Salam HI, 19 juta kaki persegi! Wow! menakjubkan...
Tapi 500m X 400m, Hmmm.. xle besar sebenarnya! hehe...

Unknown berkata…
memang menakjubkan..bertmbah femes China ni nanti
ayut berkata…
amboi...meriah china ni,...mcm2x nk dibt yer..matahair tiruan sampai ada sekali.huhuhu
OKje berkata…
Mcm pernah baca entri ni...