Jurulatih Anjing Islam Yang Kontroversi

Jurulatih Anjing Islam Yang Kontroversi

Maznah Mohd Yusof
Semalam aku melihat satu lagi kekecohan menghina agama islam oleh orang islam yang menganggap dirinya liberal ...konon...kononnya....
Aku berkata sedemikian sebab kad pengenalannya nama islam kan..kan.. tapi tak tahu ler kalau..

Liberalisasi atau kebebasan ada hadnya, janganlah kononnya hendak menjadi pejuang kebebasan padahal ianya salah dari segi agama. Ini manusia yang mempunyai penyakit hati dan jiwa.

Penerbit video '1 Hari Di Hari Raya' yang didakwa menghina Islam, Maznah Mohd Yusof, 38, atau lebih dikenali sebagai Chetz, akan dibebaskan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya.
"Baru sahaja selesai bercakap dengan pegawai penyiasat, Chetz akan dibebaskan hari ini.

"Ahli keluarganya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya sebentar tadi.

Rabu lalu, Maznah telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Dia kemudiannya telah dihantar ke penjara Segamat.
Awal minggu ini, negara dikejutkan kembali dengan sebuah video yang didakwa menghina umat Islam.

Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu)

Catat Ulasan

9 Ulasan

Sura Mohd berkata…
bikin hati panas jer..bila tengok video tu..sedih dengan apa yg dibuat..
itulah jadinya bila Islam hanya di I.C..:(
Unknown berkata…
kalau hati dah hitam, yang haram pun tak dihiraukan.Kita semakin hampir ke hari kiamat.Makin ramai yang tak sedar.Islam hanya pada kad pengenalan saja.Macam mana agama lain nak hormat agama kita,sedangkan "org Islam" pun tak hormat agama sendiri..sedih sgt..
wantie berkata…
ntah le nak komen pun tak pandai. nak pegang anjing boleh tapi pas tu samak le. kalau basah ngan kering.

tapi tak yah le persenda wat anjing tu ambik wuduk pulak.

bela anjing laut lagi best!
teruk betul minah ni. berani dia buat macam ni yea.
Sukma berkata…
aku tak paham dengan pompuan nie...dan yang sewkatu dengannya.,,,,,
Tanpa Nama berkata…
melampau betul..takda binatang lain ke nak bela..singa ke,rimau ke?
Tanpa Nama berkata…
mcm2 dunia arini...tah la apa lg yg akn berlaku...
Cik Nor berkata…
islam hanya pada nama..
Cik Nor berkata…
islam hanya pada nama..