Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hanif Idrus

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hanif Idrus

Selamat Hari Raya Aidilfitri  dari Hanif Idrus
Salam Hari Raya Aidil fitri buat semua rakan-rakan dari Hanif Idrus dan keluarga.

Semoga Syawal yang menjelma ini kita menyambut dengan hati yang girang dan gembira meraikan kejayaan berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan.

Yang tidak berpuasa, tak boleh raya!!!!..hahahahha

Sudah pasti ramai blogger selama seminggu ini akan meninggalkan blog mereka kerana meraikan Hari Raya Aidil fitri ini. Untuk seminggu blog kita semua akan terabai buat seketika..hehehehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri  dari Hanif Idrus
Bagi yang pulang ke kampung, saya doakan semoga perjalanan anda selamat dan pastikan cukup tidur sebelum memandu.
Kalau mengantuk singgah di hentian yang disediakan untuk minum air kopi kaw-kaw punya atau tidur seketika...

Aku agak bertuah kerana aku dan isteri aku tidak perlu bertegang urat kampung mana hendak balik tahun ini kerana rumah ibu bapa kami jaraknya hanya 2 batang rokok kalau memandu kereta..

Cuma masalahnya apabila dekat, kami kerap ler ulang alik ke rumah mak mentua dan rumah ibu bapa kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri  dari Hanif Idrus
Rakan-rakan yang hendak datang beraya terpaksa call samada aku berada di rumah mak aku atau rumah mak mentua aku.

Itulah keseronokan kalau rumah pasangan dalam satu negeri...hehehehehehe.

Tapi satu lagi masalah ialah nak minta cuti sambung memang tak dapat punya!!

Peluang cuti panjang memang diberi kepada rakan-rakan yang tinggal luar Melaka seperti di Kelantan, Trengganu atau Pahang.
Kau orang Melaka, kena masuk kerja juga.

Sebagaimana pada hari ini ( 6.0.2013) aku masih bekerja tapi rakan-rakan lain sudah pun bercuti..huhuhuhuhuhu.
Hari ini kita tolong mereka dan esok pula mereka tolong kita. Itulah team work sesama rakan sekerja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri  dari Hanif Idrus
Akhir kata, aku mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan -rakan yang mengenali aku samada secara visual atau maya.

Jika aku tersalah kata, aku hulurkan 10 jari memohon maaf.

Aku start cuti pada 7.08.2013 dan mula kerja pada 12.08.2013. Anda semua start kerja / belajar bila pula?

Aiikk..aku check balik gambar raya 2009 mana aku letak yek..hehehehhee.
Masa tu belum beli DLSR lagi kot.

Bila tengok gambar-gambar raya ini..lihat anak-anak aku dah makin besau...makna aku makin tua....hemmmmmm

Catat Ulasan

15 Ulasan

diari farisha berkata…
selamat hari raya hanif :)
Salmi berkata…
Salam Aidilfitri juga buat Hanif sekeluarga.. Kali ini cuti raya bersambung dgn cuti sekolah tp anak di ipt pulak yg cuti x lama...
Izzat Eshak berkata…
selamat hari raya bro! =)
Zawiah berkata…
kata kakak saya ' lbh senang klu jauh , blh ikut giliran . klu dekat , jap angkut beg baju kesana pastu ankut beg baju ke sini ... heheheee . selamat menyambut lebaran , mohon maaf zahir dan batin . semoga ceria bersama keluarga tercinta ...
♥ Nana BamBam ♥ berkata…
Selamat Hari Raya Aidilfitri hanif :)
Unknown berkata…
Btul gak....kalau tinggal dekat. Dalam kereta tu memang penuh baju ajer..ulang alik sana sini...hehehehe
Lupa lak aku..sebab dah biasa jadi pengembara jalanan..ahaks
Unknown berkata…
wah..beznye...dapat tatap wajah sefamili abg hanif
cantik wife abg hanif...
anak dah beso..moga berjaya dunia n akhirat
selamat hari raya jugak :)
Adam Hakimie berkata…
Salam Aidilfitri juga untuk Abg Hanif seisi keluarga ^_^
Syazary berkata…
salam singgah dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. :)
Aimacomel berkata…
slmt hari raya abg hanif dan keluarga.. maaf zahir batin andai ada salah silap. best tp rumah dekat2. xyah nak gaduh2 mana nak g raya nanti. hehehehe,
ieta berkata…
Waaa... cerianya thn 2012. Suka sgt2 tengok. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin jikalau tersalah bahasa atau apa2 je spjg berblogging. Terima kasih juga sudi menjadi rakan blogger sy
Teena Tna berkata…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mia Liana berkata…
selamat hari raya ya.. hanif..
Unknown berkata…
Salam lebaran buat bro hanif sekeluarga
ayut berkata…
2013 wane kelabu pulak yer ^^