Buat Pembedahan Untuk Jadi Superman

Buat Pembedahan Untuk Jadi Superman

Herbert Chavez
Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.



Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.
Herbert Chavez
Herbert Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen.

Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Herbert Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.



Herbert Chavez

Herbert Chavez
 

Catat Ulasan

14 Ulasan

sitirohaida berkata…
amboiii..sanggup dia ek...
Mia Kassim berkata…
Banyak duit orang ni yek.....hehe macam2
wantie berkata…
gila kentang punya minat kat superman nih....

Bin Muhammad berkata…
Lawak lah...nasib baik superman kalau minat kat predator atau alien! Tak dapat bayangkan...hehe
Mama Amirul berkata…
umangggg aiiii... sanggup tu....
haryati berkata…
wah..jd hensem tu...
Tanpa Nama berkata…
hmm...speechless..
Sukma berkata…
macam-macam.....
OKje berkata…
Boleh putih pulak yeh .....
Unknown berkata…
hehe...mcm2 dunia nie
SentiasaPanas berkata…
Bahaya sifat taksub melampau..
hanz berkata…
macam2...kalau dah minat..mmg sanggup wat ape2

Letak Link anda disini : Exchange Link.