Jana Duit Dengan Affliate

Jana Duit Dengan Affliate

Salam satu blogger, kini aku nak berkongsi tentang ilmu affliate yang secara tetiba-tiba aku amat berminat..hehehehehe.

Minat timbul sebab wife aku tetiba nak buat blogshop. Blog The Shop Of Linda kat atas itu ialah blog affliate yang aku sedang usahakan sekarang ni.Lepas ini nak buat blog dropship lak..

Tapi aku sentiasa ingat wife aku, kalau semua orang yang meniaga tu untung ...tak der ler istilah rugi. Yang penting kita buat terbaik dan usaha. Kalau menjadi syukur alhamdulilah dan kalau tak menjadi ianya satu ilmu untuk kita. Tapi of course matlamat kita ialah mahu berjaya...hahahahahha.

Sebenarnya dalam bidang blogshop ini selain menjana pendapatan dari produk kita sendiri kita juga boleh menjana pendapat dari sumber affliate dan juga dropship.

Hari ini aku menceduk entri dari blogger  chrisrossellblog yang aku rasa penerangannya jelas tentang affliate.
Untuk dropship aku kena kaji dulu ler...hehehehehe.

Mungkin kita sudah sering dengar dan lihat perkataan “Affiliate “  di internet , tetapi berapa ramai sebenarnya di antara kita mengetahui makna dan erti program affiliate  yang sebenar? Di artikel saya kali ini, saya ingi berkongsi dengan anda semua,khusus nya untuk para newbie yang serius ingin menjana wang dari internet tanpa modal walau sesen pun.

Tetapi sebelum itu  maafkan saya terlebih dahulu, kerana saya bukanlah seorang pakar membuat duit di internet apatah lagi menggelar diri sebagai pakar affiliate. Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua disini adalah serba sedikit pengetahuan saya di dalam menjana wang secara online tanpa modal.

Apa itu Affiliate ?

Berbalik pada topik saya di atas, Affiliate adalah satu program di mana kita bertindak sebagai agen dengan mempromosikan produk orang lain sekaligus akan menerima bayaran komisyen jika ada orang membeli produk tersebut dari link affiliate yang kita promosikan.

Jenis-jenis Affiliate

1. Pay Per Click
Jenis ini memberikan komisyen sesuai dengan jumlah visitor/pengunjung yang mengklik link yang ditampilkan affiliator. contohnya Google Adsense
2. Pay Per Sale
Jenis yang kedua memberikan komisyen sesuai dengan jumlah produk atau layanan yang berhasil terjual melalui link yang ditampilkan affiliator/penaja. Misalnya pada amazone.com
3. Pay Per Lead
Pay Per Lead memberikan komisyen berdasarkan jumlah orang yang telah mengisi form (isian), survey, atau sign up untuk menjadi member pada website pemilik program affiliate. Misalnya Copeac.Com
4. Pay Per Download
Affiliate ini memberikan komisyen berdasarkan orang yang mendownload file atau produk yang ditawarkan penyelenggara affiliate. Misalnya beoscope.com
5. Pay Per Impression
jenis Pay Per Impression memberikan komisyen berdasarkan berapa kali tampilan sebuah iklan yang dipasang pada blog atau website Anda dilihat oleh orang. Misalnya Linkbucks.com
6. Pay Per Play
Sedangkan jenis Pay Per Play memberikan komisyen sesuai dengan jumlah orang yang memutar audio ataupun video yang ditampilkan oleh affiliator. Misalnya SellingPPP
7. Paid To Click / Read
Dan untuk jenis paid to click / read komisyen diberikan bila Anda sendiri mengklik / membaca iklan yang diberikan dan diatur dalam masa tertentu. Misalnya honestptr.com
Mungkin anda juga sering lihat diinternet laman web  Click Bank, Amazon,Google Adsense dan lain-lain,  mereka ini adalah diantara penaja affiliate terbesar di dunia online, Di Malaysia sahaja kita sudah punya laman Affiliate bertaraf antara-bangsa seperti Jom Niaga, Klik Jer dan banyak lagi.

Bagaimana nak daftar affiliate?

Jika anda melihat sesuatu laman web jualan kebiasaannya,anda boleh cari/lihat di bahagian paling bawah atau di bahagian atas laman web berkenaan. Ada link yang bertulis ”Affiliate” anda boleh mendaftarkan diri di situ. Pastikan maklumat diri anda tepat untuk mengelakkan kesulitan antara anda dan juga penganjur semasa proses  pembayaran di lakukan kelak.
Sumber: chrisrossellblog

Catat Ulasan

3 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
nice info...
Zawiah berkata…
semoga impian tertunai ... nice sharing