Kesilapan Cinematografi Dalam Fiem Tanda Putera

Kesilapan Cinematografi Dalam Fiem Tanda Putera

Kecoh kat akhbar sekarang tentang filem Tanda Putera yang dikatakan pro Melayu dan mendedahkan sikap DAP dan komunisme.

Aku malas nak layan benda-benda macam ini..hehehehehe.
Bukan sahaja filem tetapi semua bidang apabila dipolitikkan maka banyaklah cerita-cerita sensasinya....

Jom lihat cinematografi Tanda Putera yang kecoh dilihat agak terlupa menutup beberapa fakta hingga seperti alat-alat atau kenderaan yang belum ujud tidak diedit.

Ini pun kawan aku yang kasi ler...hahahahhaa
Sebelum itu jom baca sinopsis dan tujuan filem ini di ujudkan. Jangan fikirkan tentang politik, fikirkan dari segi sejarah Malaysia jika perkara seperti ini berlaku lagi... Mahukah kita?

Mahu tak mahu kita terpaksa menerima kenyataan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan calit hitam dalam sejarah Malaysia. Dan filem ini aku rasa sesuai ditonton oleh anak muda kita yang mungkin tak tahu apa yang berlaku pada tahun itu.

Dan diharap melalui filem ini, masalah rasisme yang teruk di Malaysia ini dapat dikurangkan.

Sinopsis filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Sutradara filem sepanjang 117 minit itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini dipetik media berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan dua tokoh hebat tersebut.

 Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin.

 Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini juga menelan kos yang bukan sedikit, iaitu RM4.8 juta termasuk promosi.





Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
Haha..lucu pulak tgk kecuaian yang maha banyak tu..
Aimacomel berkata…
Abg hanif, maaf nk tanya. Perlu ke org muda sekarang ni tahu tentang 13 dan tengok filem ni. Filem berbaur politik yg hanya akan membuatkan kia berfikir siapakah yg salah sebenarnya dalam kejadian 13 mei tu. Tentang edit yg failed tu rasanya mungkin tak terperasan kot. Nak wat lagu mana,
3no gr33ny berkata…
bukan mudah nak buat cerita lama ni
Zawiah berkata…
kecacatan yg selalu kami gelakkan bila tgk filem ... heheheeee
Tanpa Nama berkata…
adoiyai...kantoi..
Hazmin Hamudin berkata…
Asal boleh je nak membahan. huhu
OKje berkata…
kita kalau nk kritikkan senang hehe cuba suh buat.....hehe silap silap Suprima X pun ada sekali hehe