KL Gangster 2 Memang Di Cetak Rompak!!!!

KL Gangster 2 Memang Di Cetak Rompak!!!!

KL Gangster 2
Hari Ahad yang lalu, aku ada tonton Melodi dan melihat luahan Yusof Haslam tentang cetak rompak filem terbarunya KL Gangster 2 yang belum diterbitkan di panggung wayang ini.

Filem ini yang dikatakan kosnya mencecah RM4 juta telah di cetak rompak. Namun banyak desas desus mengatakan bahawa ini hanyalah trik Skop Production untuk mempromosikan filem KL Gangster 2 mereka.

Dan tadi aku ingin mengesahkan cerita ini dan ternyata KL Gangster 2 ini telah berada di pasaran terbuka.

Gambar sebelah menunjukkan bukti cetak rompak filem KL Gangster 2 ini. Tapi jangan salah faham, aku tak beli yek...hehehehhee

Dan yang paling best kat TV mereka menayangkan filem ini secara terbuka juga.Malah penjual cetak rompak ini siap tanya pada aku mahu tak filem ini...huhuhuhu.

Aku rasa cetak rompak KL Gangster 2 ini ada dalang SKOP Production ini. Itu andaian aku kot ...hehehehehhe.

Walau bagaimanapun aku harap pihak berkuasa ambil tindakan menghalang penyebaran filem tempatan ini !! Setakat ini kalau filem omputih aku memang tak kisah kena cetak rompak tapi melihat filem tempatan kita kena cetak rompak........emmmmmm.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Zik berkata…
nak buat macam mana.. tapi mesti ramai yang tonton jugak.. sebab mesti nak tengok aksi2 yang lebih clear ... hehe
Miss Syahbanu berkata…
tulaa ni mesti kerja org dalam ni..kesian dgn syamsul mesti rugi byk..
Mummy MM berkata…
Kesian Syamsul Yusof. Dengar cerita sampai berkurung dalam bilik dye gara2 isu nie.
Mummy MM berkata…
Kesian Syamsul Yusof. Dengar cerita sampai berkurung dalam bilik dye gara2 isu nie.
Sukma berkata…
sure ramai yang cari cd nie......
fyna berkata…
macam2 hal diorang nih.
Tanpa Nama berkata…
Mungkin ada hikmah pada Syamsul sebab apa benda ni kena kat dia... cuba kita fikir balik, boleh jadi ini balasan dari Allah S.W.T pada Syamsul sebab kerap sangat buat filem yang tak bermoral dan unsur negatif. Filem KL Gangster dipandang negatif bukan sebab aksi lawan lasak & stunt hebat dalam filem tu, punca ia dipandang negatif sebab Syamsul pilih konsep gangster dan pengggunaan bahasa yang agak kurang ajar dalam filem ni. budak-budak kalau terpengaruh dengan KL Gangster bukan diorg terpengaruh dengan aksi lawan, tapi diorg terpengaruh dengan penggunaan bahasa gangster dslam filem ni.

Satu soalan cepumas pada Syamsul,

PERLUKAH GUNA KONSEP GANGSTER UNTUK BUAT FILEM AKSI? PERLU KE?

Yang menjadikan filem aksi Syamsul dipandang negatif sebab Syamsul guna konsep gangster, kenapa Syamsul tak wat filem aksi menggunakan watak Polis PDRM & askar malaysia, sekurang-kurangnya dari filem saja sudah cukup untuk Syamsul tonjolkan kehebatan Polis & askar malaysia. Kalau dulu era 90-an Yusof Haslam pernah wat filem Gerak Khas yang menampilkan kehebatan polis malaysia, kenapa Syamsul tak teruskan buat filem aksi berkonsepkan Polis? Filem aksi tak semestinya gangster!!!

Syamsul memang pengarah yang berkebolehan menghasilkan filem aksi tapi satu kesilapan dia gunakan konsep GANGSTERISM. cuba tengok filem the raid redemption dari Indonesia, dalam filem tu ia menampilkan kehebatan polis Indonesia menumpaskan musuh dengan menggunakan pencak silat! tak perlu pakai unsur gnagsterism pun!

KENAPA SYAMSUL TAK FIKIR PASAL BENDA NI? KENAPA PERLU GANGSTERISM??

Tu la syamsul wat lagi la filem pasal bohsia, rempit, gangster... last skali ko punya RM 4 juta melayang... budak-budak kalau terpengaruh & terikut-ikut dengan dialog KL Gangster memang ko tanggung dosa la Syamsul...
Hazmin Hamudin berkata…
Nasi dah jadi bubur. Harap dapat belajar dari kesilapan.
Tanpa Nama berkata…
sabo je la...
afzalsukasuki berkata…
aku pon fikir keje orang dalam produksi gak.takkan la boleh bawak kua cenggitu je kan?

bro pas ko tgk aku cop tengok plak.aku pas ko ea :P
OKje berkata…
menangislah si Syamsul ni