Perbezaan Blog Dan Website?

Perbezaan Blog Dan Website?

Perbezaan Blog Dan Website
Salam satu blogger. Apakah Perbezaan Blog Dan Website? Persoalan yang susah nak jawab kalau orang tanya. Selama ini kita mendabik dada sebagai blogger. Tapi kalau orang tanya apakah perbezaan blogger dengan website(laman sesawang) yang lain. Berpeluh anda nak jawab...hehehehehe.

Perbezaan yang jelas antara blog dan website ialah bagaimana anda menterjemahkan maklumat anda. Selain itu ianya amat  sukar nak dibezakan antara blog dan website ini

Apa Itu Blog
Blog sebenarnya kita boleh anggap sebagai buku log dimana blogger akan menggunakannya sebagai satu kronologi entri mereka. Sebuah blog biasanya akan menunjukkan maklumat yang didahului oleh tarikh yang anda buat. Maksudnya entri  tarikh yang terbaru akan dipaparkan di blog anda.

Untuk membuat sebuah blog anda boleh menggunakan perkhidmatan dari wordpress atau Blogger dimana anda tak perlu memulakan blog anda dari detail kerana perkhidmatan ini dah sediakan kesemua sistem yang anda perlukan termasuk templates. Manyak senang...

Asas sebuah blog memerlukan entri dan lebih banyak kita updated lagi banyak prospek untuk mendapat perhatian. Walau bagaimana pun kita perlu ketahui bahawa entri yang berkualiti amat penting dalam berblogging dan jika updated selalu maka ia merupakan blog yang baik!!

Asas identifikasi blog yang baik ialah:
a) Mempunyai senarai  kronologi entri
b) Mempunyai kotak komen yang menjemput pembaca untuk mengomel.
c) Entri blog disusun mengikut tarikh, kategori, penulis atau label ( tag).
d) Mempunyai RSS ( Really Simple Syndication) untuk entri dan post.


Apa Itu Website

Website atau laman sesawang boleh menjadi apa sahaja. Apa sahaja yang ada di internet samada ia menggunakan HTML/CSS atau Java?Javascript dan lain-lain. Website boleh menggunakan entiti blog tetapi digunakan untuk "browsing" ke laman lain.

Untuk membina website yang baik anda memerlukan sedikit modal kerana terpaksa membinanya dari asas tetapi sekarang ini dah ada beberapa platform yang memberi perkhidmatan yang baik seperti Adobe Dreamweaver, anda mampu  membina website anda sendiri.

Blog boleh menjadi sebahagian daripada website dimana kita boleh membuat pages yang berlainan atau link ke website lain melalui blog kita. Website boleh menjadi sebuah satu pages atau per billion pengguna sosial network seperti Facebook.

Asas identifikasi website ialah:
a) Sebuah laman yang menunjukkan maklumat dari beberapa seksyen laman website yang lain.
b) Merupakan porfolio kerja
c) Terdapat pages yang menunujukan testimoni pengguna atau "feedback" pengguna.
d) Terdapat terma dan syarat
e) Terdapat "Contact Form" dimana pengguna boleh menghubungi anda
f) Terdapat perkhidmatan/ produk yang di tawarkan di pages yang lain.


Oleh itu apa yang anda mahukan? Pertama anda mesti memutuskan apa yang anda kehendaki. Jika jiwa anda suka membuat coretan dan mahu seluruh dunia membacanya maka sesuai membuat blog.
Jika anda mahukan satu portal online yang mempunyai pelbagai fungsi maka anda kena pergi ke website.

Untuk tidak mahu mengelirukan anda, sila baca pepatah omputih kat bawah ini:
All Apple are Fruits, but all fruits are not Apple
All Blogs are Website, But all Website are not Blogs

Sebuah blog boleh menjadi website dan  atas sebab itu di Malaysia  terdapat keunikan  ujudnya istilah blogshop atau blog on line. Dimana kita mengguna wacana blog untuk menukar kepada website yang lain. Tapi ia sebenarnya bukannya sebuah blog!!!

Sebagai contoh anda boleh pergi ke Blogshop INI dimana ia menjual produk affliate dengan mengguna wacana Blogger.

Saya harap anda semua dapat memahami apa itu website dan blog. Apa pendapat anda tentang perbezaan blog dan website?
 

Catat Ulasan

16 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mcm tu, bru la faham skrng... =)
Blog Santai berkata…
Wah ada lecture pagi ni..he..he..anyway thanks hanif for info..
Teacher Basariah berkata…
terbaikla analogi pasal epal tu..(^_^)
THE AUTHOR berkata…
Hari Jumaat kan baik untuk berkongsi ilmu..hehehehehe
Admin berkata…
Panduan cukup berguna buat mereka yang mungkin tak tahu nak membezakannya.
Fizalgk berkata…
Salam Hanis Idrus..good info. Ni baru jelas..sebelum ni mmg x dapat nak bezakan.
Bunda_nora berkata…
perkongsian yang sangat berguna...
Unknown berkata…
..sy pilih blog :P
Sukma berkata…
tq...baru faham...lepas ni boleh inform kengkawan yg kurang arif.......
mahmud thalut berkata…
Assalam. Salam singgah. Saya yang baru berblog ini , bloglah pilihan saya. Website..? ..eem..belum memikirnya..
Abam Kie berkata…
salam. dah lama tau tp penerangan abe hanif buatkan sy lebih jelas akan perbezaannya. tq.
Abam Kie berkata…
salam. dah lama tau tp penerangan abe hanif buatkan sy lebih jelas akan perbezaannya. tq.
Tanpa Nama berkata…
terbaiklah entri ini..betul jugak kan?
Ainim Rashihah berkata…
baru saya faham apa beza blog dan website
makanya, saya pilih blog