Kerana Tuala Wanita, Suami Ditikam

Kerana Tuala Wanita, Suami Ditikam

 

Tuala Wanita
Aku nak komen pun susah ...hehehehehe.
Bayang kan kalau perkara ini berlaku kat kau....anda rasa  anda akan tikam  tak?
Pompuan tu satu hal...ada ker sangkut benda tu kat tingkap..iskkk..iskkk.
Tak ader kebersihan....hukk.hukkk

Seorang lelaki dari Guangzhou ditikam dalam pertelingkahan yang membabitkan tuala wanita.
Polis memburu seorang lelaki yang menikam jirannya ekoran pertengkaran membabitkan tuala wanita yang jatuh di atas kepalanya, menurut laporan televisyen Shenzhen.
Suspek dilaporkan menyerang jirannya yang bernama Cheng selepas sekeping tuala wanita jatuh dari tingkap bilik air tingkat empat apartmen Cheng.

“Suspek mula membaling batu ke arah tingkap Cheng sebelum lelaki terbabit menjenguk ke bawah untuk melihat apa yang berlaku,” menurut sumber.

Ketika itulah isterinya menyedari mungkin tuala wanita yang sudah digunakannya dan diselitkan di tingkap sudah jatuh ke bawah.

Cheng lalu meminta maaf tetapi suspek yang tidak berpuas hati lalu naik ke kediaman Cheng membawa sebilah pisau sebelum menikam mangsa hingga parah.

Cheng dikejarkan ke Hospital Panyu dan dia kemudian dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
..hanya dii China hehe..mcm2 la..
Tanpa Nama berkata…
china lagi...
Sukma berkata…
macam-macam kat negara China nie....