Di Sebalik Kisah Pasangan Suami Isteri Di Penjara Sweden.

Di Sebalik Kisah Pasangan Suami Isteri Di Penjara Sweden.


Di Sebalik Kisah Pasangan Suami Isteri Di Penjara Sweden.
Salam satu blogger. Kecoh di Malaysia sekarang berkenaan sepasang suami isteri yang bekerja di Sweden telah dipenjara kerana di dakwa mendera anak mereka.

Tetapi menurut maklumat yang kita diperolehi, anak mereka yang berumur 12 tahun  dimarahi dan dipukul kerana tidak sembahyang.
Definisi dipukul dalam undang-undang Malaysia dan Islam ialah pukulan yang perlahan dalam mendidik. Bukannya di dera dan disebat sesuka hati mengikut perasaan.

Malangnya undang-undang Sweden apabila anak dipukul pukul maka ia dianggap dera.
Di Sebalik Kisah Pasangan Suami Isteri Di Penjara Sweden.

Sweden adalah negara pertama mengharamkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak dalam semua keadaan - sama ada di rumah atau di sekolah - mulai 15 Mac 1979. Sejumlah 24 negara telahpun melaksanakan undang-undang yang serupa sejak daripada tarikh tersebut.

Menurut Seksyen 5, Swedish Penal Code, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara antara 6 bulan dan sepuluh tahun bergantung kepada merit sesuatu kes.

Walaupun pihak Kedutaan Sweden menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan di Stockholm, negara itu menjunjung 'kebebasan kehakiman' dan Kedutaan Sweden tidak akan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut memandangkan penyiasatan sedang berjalan.

Dalam hal ini, aku teringat pepatah melayu berkata " Masuk kandang rimau kena mengaum, masuk kandang kambing kena mengembek"

Maksudnya ialah jika kita mendiami sesebuah negara itu kita kena fahami undang-undang yang berkaitan dengan diri kita. Jika anda berniaga di negara luar sudah tentu anda kena fahami prosedur perniagaan negara tersebut.
Sebaliknya juga pekerja asing yang bekerja di negara ini kena memahami undang-undang di Malaysia.
Di Sebalik Kisah Pasangan Suami Isteri Di Penjara Sweden.

Dalam hal ini, pasangan tersebut aku boleh katakan amat tidak bernasib baik. Niat di hati baik tetapi undang-undang sekular Sweden telah mengengkang mereka hingga dipenjara!!

Sekali lagi pandangan mata masyarakat antarabangsa melihat agama Islam ini agama yang mendera dan memaksa  kanak-kanak. Sudahlah agama Islam dianggap serong oleh masyarakat dunia, ditambah lagi kes sebegini. Islam sering disalah erti....

Tentu risau hati mereka, memikirkan nasib anak mereka. Dan juga apakah nasib pasangan tersebut di penjara. Apakah yang terjadi dengan mereka yang dituduh memukul anak diletakkan bersama banduan-banduan lain.

Nasib baik Kedutaan Malaysia serta badan NGO berusaha membantu mereka. Dan aku berharap masalah mereka ini diselesaikan secepat yang mungkin. Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya..

Pepatah Melayu pernah berkata mata yang memandang tidak seberat badan yang memikul. Kita pandang pun dah terasa dugaan mereka yang begitu berat apatah lagi mereka yang menanggungnnya.

Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi. Salah satunya  ialah  jika anda berhijrah ke negara asing pastikan anda memahami undang-undang mereka.

Dan kita kena fahami, di negara-negara barat ini, Islam bukanlah satu agama yang popular. Malah pernah menjadi Islamfobia dikalangan rakyat barat. Suka tak suka kita kena fahami situasi Islam dimata dunia banyak disalah ertikan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Cik Nor berkata…
SEMOGA semuanya selamat.. aamiin
Blog Santai berkata…
yanga part study the rules tu memang kena coz kalau tak jadi macam nilah..niat baik yang disalahertikan..semoga dipermudahkan..
Unknown berkata…
erk..bukan masuk kandang rimau kena ngap ke??
Tanpa Nama berkata…
semoga semuanya selamat..kathy bimbang halal haram makanan yg di jamah mereka dalam tahanan tu juga..
oney_chan9 berkata…
Setuju dengan pepatah masuk kandang kambing mengembek...bukan senang dok negara org ni,rules and laws tak sama.apapun nawaitu baik pasti Allah akan bantu.
shahrilhakime berkata…
Kesian deme berdua. tambah plak lakinye satu opis dgn awok..walopon deme kat obersea... itule... bile kite kat negara oghang ni kite kene aware dgn peraturan dan undang2 kat tempat deme.... kekadnag benda yg kita buat kt tempat kite tak salah... tapi kat tempat deme plak kesalahan beso.... ermmm