Sebanyak 19 kes kematian denggi dicatatkan sehingga semalam di seluruh negara pada tahun ini berbanding hanya lapan kes dalam tempoh yang sama 2013.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kes kematian denggi itu meningkat sebanyak 137 peratus dengan Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan enam kes. (sumber)
Inilah adalah sebahagian keratan akhbar yang menceritakan isu hangat pada awal tahun ini dengan peningkatan kematian denggi yang mendadak naik!
Apabila aku memeriksa data yang ada, kita melihat Selangor merupakan penyumbang terbesar dalam kenaikan demam denggi di Malaysia.
Pada tahun 2010 Minggu ke 17, Selangor mencatat kes denggi 329 dan minggu ke 16 sebanyak 441 kes dilaporkan. (sumber)
Pada tahun 2012, minggu ke 11, Selangor mencatat kes denggi 208 dan minggu ke 10 sebanyak 219 kes (sumber)
Pada tahun 2013, Minggu ke 27, Selangor mencatat kes sebanyak 334 dan minggu ke 28 sebanyak 293 kes direkodkan (sumber)
Pada semua data yang dilampirkan, Selangor merupakan pemenang kes denggi dari data mingguan ini.
Pada gambar sebelah menunjukkan statistik terakhir Februari 2011.
(Sumber)
Kesimpulan yang dapat kita katakan ialah Selangor adalah penyumbang terbesar dalam kes denggi dari tahun 2010 hingga kini. Tahun sebelumnya saya tidak melihat data statistiknya .
Tapi cukuplah mengambil data selama 4 tahun kita boleh membuat kesimpulannya. Pada statistik yang diberikan, Selangor adalah juara denggi.
Tetapi kenapa Selangor mempunyai masalah yang paling tinggi?
Pertamanya saya ingin meminta maaf. Saya kerap ke Bangi atas urusan kerja dan perkara pertama yang saya lihat kebersihan di Bangi amatlah teruk.
Selain itu saya juga pernah ke Petaling Jaya dan mendapati situasi yang sama iaitu isu kebersihan bukannya menjadi prioriti rakyat Selangor.
Padahal kita ketahui asas utama dalam memerangi denggi ialah kebersihan di persekitaran tempat awam.
Mungkinkah Majlis Perbandaran Selangor secara amnya, meminumkan kos dalam soal kebersihan hingga kita boleh melihat sampah di sana sini.
Masalah denggi di negara ini tiada kesudahannya. Ini bermakna cara yang digunapakai oleh Kementerian Kesihatan tidak berkesan lagi.
Saya berharap kerajaan negeri Selangor serta agensi berkaitan berbincang menyelesaikan masalah ini.
Lupakan dan ketepikan seketika fahaman politik jika ada. Kerana tujuan kita hendak menyelamatkan nyawa manusia.
Jadikan Selangor sebagai perantis dalam memerangi denggi dan kejayaan mengurangkan kadar denggi Selangor bermakna teknik ini boleh diguna pakai di lain-lain negeri.
Keseluruhannya kita dapat mengurangkan kadar denggi di negara ini.
Walau apapun saya berpegang pada sikap invidu dalam memerangi denggi ini. Iaitu tabiat suka membuang sampah merata-rata hingga longkang tersumbat dan majlis perbandaran tidak selanggara sampah, longkang dan rumput dengan baik .
Adakah kita mahu rakyat negara ini dan sesebuah negeri itu digelar pengotor disebabkan denggi ini.
Adakah kerajaan negeri mahu dicap sebagai tidak prihatin dalam menjaga infrastruktur dan kebajikan rakyatnya, hingga sampah, rumput dan longkang tidak diselanggara dengan baik.

6 Ulasan