Konsert FMFA Bukit Jalil Ragut Enam Nyawa

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)
Semalam aku terdengar berita tentang kematian enam remaja yang pergi ke Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)  di Bukit Jalil meninggal akibat overdose dadah.

Sebelum kejadian tersebut pihak polis dikhabarkan telah menahan 19 remaja akibat penggunaan dadah dan semalam adalah paling teruk sekali dimana ia melibatkan kematian.

Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.

Disebabkan kejadian ini, konsert terakhir yang dijadualkan malam ini terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur.

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)
Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini. Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya. 

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)
Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan ‘Future Music Festival Asia’ yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

Konsert itu diadakan sejak Khamis. “Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai ‘designer drug’ atau dadah sintetik,” katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)