Slot Akasia Terbaru Aku Isterinya Penghujung Mac 2014

Slot Akasia Terbaru Aku Isterinya Penghujung Mac 2014

Slot Akasia Terbaru Aku Isterinya
Tidak lama lagi Slot Akasia Jika Itu Takdirku akan berakhir pada penghujung minggu ini. Dan hari Isnin depan akan diganti dengan Slot Akasia terbaru iaiatu Aku Isterinya yang diadaptasi dari novel Aku Bukan Mistress novel nukilan Acik Lana.


Slot Akasia Terbaru Aku Isterinya
Menurut isteri aku novel ini merupakan salah satu novel meletup Acik Lana yang bekisar tentang hero panas baran Mikail yang mempunyai perempuan simpanan yang cantik iaitu Mya Arlissa yang dibelinya dari kelab malam yang dijual oleh bapak sedaranya.

Mikail ini seorang yang terlalu cemburu disebabkan Mya amat cantik orangnya hinggalah Mya dirogol oleh kawan baiknya iaitu Adam.  Dan anda saksikan seterusnya kisah ini dalam slot Akasia ini.

Menurut isteri aku drama ini  Aku Isterinya  drama wajib tengok oleh semua peminat novel Acik Lana...hehehehhe. Cuma persoalannya kenapa tajuk novel ini ditukar dari Aku Bukan Mistress kepadaAku Isterinya.

Dalam novel ini, isteri aku kata memang ia cukup benci dengan sikap Mikail yang sayang Mya tapi tidak akuinya serta sikap cemburunya yang terlalu menebal.

Mungkin terdapat penambahbaikan skrip drama ini yang lari sedikit dari novel untuk kasi sedap sikit..hehehehe. Macam tempoh hari drama  Arianna Rose yang lari dari penulisan novel dah buat ramai mengamuk.... Atas sebab tu agaknya penerbit tukar tajuk drama ini....ahaks..

Barisan pelakon Aku Isterinya.

Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Datuk - Eizlan Yusoff
Datin - Marissa Yasmin

Slot Akasia Terbaru Aku Isterinya



Catat Ulasan

1 Ulasan

memang tengah menantikan siri ni pun bang...