Jerebu Akan Muncul Lagi

Jerebu Akan Muncul Lagi

Jerebu Akan Muncul Lagi...

Bilakah isu pembakaran terbuka di Sumatera ini akan selesai!!1 Setiap kali pemabakaran terbuka dilakukan, maka Malaysia akan mengalami tempiasnya. Hadiahnya ialah jerebu!!

Dan hari ini ( 24.07.2014) apabila aku membaca suratkhabar mengatakan Malaysia akan mengalami jerebu akibat pembakaran di Sulawesi aku lihatnya sebagai satu cerita basi.
Apa yang kita boleh buat ialah bersiap sedia sebab sememangnya Jerebu ini adalah acara tahunan di Malaysia...ehheheheheh.

Kebakaran di Sumatera Tengah, Indonesia, punca sekali lagi Malaysia mengalami jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung dan Lembah Klang sejak kebelakangan ini dan dijangka berterusan sehingga September.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), keadaan berjerebu dengan bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan.

“Peta imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Center (ASMC) semalam menunjukkan lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah ditiup ke arah kawasan tengah dan utara pantai barat Semenanjung,” katanya dalam kenyataan itu, semalam. 

Sementara itu, imej satelit itu turut mengesan 42 titik panas di Sumatera manakala 12 titik panas turut dikesan di dalam negara iaitu Sarawak (lapan), Pahang (tiga) dan Selangor (satu). 

 “Keadaan cuaca panas dan kering serta atmosfera yang tenang telah menyebabkan habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan dari kawasan kebakaran menjadi kekal terperangkap dalam ruang udara dan menyebabkan jerebu,” katanya. 

Menurut NRE, sebanyak 4,400 kes pembakaran terbuka membabitkan 1,435 kes kawasan pertanian dan 897 kes kawasan hutan dikesan dalam tempoh tujuh bulan sejak awal tahun ini.

Catat Ulasan

2 Ulasan

BM berkata…
Assalamualaikum,
Semoga taklah teruk jerebu...tak best beraya dlm jerebu.

Salam Lebaran buat Tuan Hanif sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
Tanpa Nama berkata…
Hmm..jerebu lagi..