Kibarkan Bendera Sempena Kemerdekaan 2014

Kibarkan Bendera Sempena Kemerdekaan 2014

Kibarkan Bendera Sempena Kemerdekaan 2014


"Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" adalah tema kemerdekaan tahun 2014 ini menyambut 57 tahun negara kita merdeka. Rasanya setelah 57 tahun merdeka, Malaysia telah melahirkan generasi keempat kot..

Nilai-nilai kemerdekaan mungkin sedikit sebanyak telah hilang dalam diri kebanyakan pemuda-pemudi kita ini namun aku tak salahkan mereka kerana dahulu sistem pendidikan kita tidak menekankan sejarah sebagai salah satu subjek utama.

Kibarkan Bendera Sempena Kemerdekaan 2014
Tapi aku yakin dengan sistem pembelajaran yang mewajibkan sejarah sebagai mata pelajaran lulus sedikit sebanyak akan menerbitkan rasa patriotik anak-anak muda terhadap negara ini.

Dan setiap tahun mak aku mesti nak kibarkan bendera Malaysia ...hehehhehee
Dan tahun ini aku kasi pacak lagi tinggi bendera Malaysia ..hahahahaha.

Dan rakan-rakan aku melalui facebook juga ramai telah pacakkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan Malaysia ini.

Dan tadi masa aku di hardware beli barang, aku nampak satu brader ini beli batang besi. Aku tanya nak pasang arial TV ker.. dia kata nak pasang bendera.. Aku terkedu dan bangga kerana brader ini sanggup beli besi dan penyangkut besi semata-mata nak pasang bendera ....!!!!

Anda bila lagi?

Catat Ulasan

2 Ulasan

Nadia Johari berkata…
dah 57 tahun kita merdeka..masa belajar sejarah tak peka sangat..huhuhu..
Cik Rose berkata…
jom sama-sama kita kibarkan :)