Buang Kucing Dari Tingkat 9

Buang Kucing Dari Tingkat 9

Buang Kucing Dari Tingkat 9


Memang tragis aku lihat gambar ini dimana penghuni salah satu rumah di tingkat 9 telah membuang anak kucing dari tingkat 9 tersebut. Bukan seekor tapi 3 ekor!!!

Memang kejam betul!! Adakah manusia kejam tu hendak menguji teori kucing mempunyai sembilan nyawa dengan membaling kucing tersebut dari tingkat 9.

Kadang kala aku keliru adakah di dunia terdapat manusia sebegini kejam.  Kejam dengan erti kata sengaja menganiaya sesama manuisa atau binatang secara melampau iaitu di luar pemikiran normal manusia.

Aku rasa orang yang buat kerja ini mempunyai masalah mental yang serius dan perlukan bantuan perubatan dengan segera .

Nak sam,an tak boleh sebab tiada undang-undang membunuh binatang ini. Apa yang mampu kita boleh buat ialah liha sahaja.

Dan untuk insan yang kejam ini, aku kasihan melihat anda kerana tiada ketenangan dalam jiwa anda. Orang yang mempunyai ketenangan jiwa pasti tidak membuat kerja macam ini.


Buang Kucing Dari Tingkat 9
Gambar Kucing Jantan Manja Jiran Aku ..



Catat Ulasan

0 Ulasan