Benarkah RM2500 Gaji Minimum Siswazah?

Benarkah RM2500 Gaji Minimum Siswazah?

Benarkah RM2500 Gaji Minimum Siswazah?

Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar ekonomi kita...

Tetapi persoalannya adakah gaji minimum seorang siswazah sekarang RM2500?
Apatah lagi jika siswazah tersebut tidak mempunyai pengalaman langsung dalam alam pekerjaan.

Aku sebenarnya tak tahu dari mana mereka dapat data ini. Mengikut pengalaman dan pengamatan aku, seorang siswazah yang tiada pengalaman gaji purata mereka di syarikat swasta dalam anggaran RM1800 maksimum.

Hanya mereka yang bernasib sahaja mampu mendapat gaji RM2500!!!

Aku tak nak mempersoalkan gaji RM2500 samada cukup menampung kehidupan mereka. Malah aku berani mengatakan ramai yang bergaji kurang RM2500 tapi masih mampu membesarkan anak-anak mereka. 

Yang penting bagaimana kita menguruskan kewangan kita. Aku cuma menempelak gaji minimum siswazah RM2500 adalah satu fantasi kepada siswazah kita.

Sekarang ini kerja pun susah nak cari, majikan takkan memberi anda gaji sebanyak itu tanpa melihat potensi anda. Mereka yang berpengalaman berbelas tahun pun ada yang bergaji dalam RM2000++ sahaja dan maksimum RM3000.

Adakah fakta aku salah? 

Tanyalah mana-mana siswazah yang bekerja sekarang ini berapakah gaji minimum mereka. Mereka akan dapat lebihan gaji jika mereka bekerja lebih masa sahaja.

Mungkin kata-kata mereka ialah gaji minimum pekerja kerajaan kot. Aku tak tahu ler sebab aku tak kerja dengan sektor kerajaan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mak Lin berkata…
tak. gaji kami basic RM1800 je. bersyukur jugaklah dr kawan kami yg gaji lg bawah.
Mummy MM berkata…
Tak tau pulak. Belum bekerja lagi. Heheh.
Tanpa Nama berkata…
Kije banyak Kat Malaysia ni..ndak ngn x ndak je kije..lebih 2 juta pekerje asing..tu yg berdaftar yg blom banyak g..sume belumbe nak kije Kat cni..poblem Kat Malaysia majikan bayo gaji kecik ..x kirela KO ade siswazah ke x..tu yg jdi yg kaye makin kaye yg miskin mkin tersepit..