Ebola adalah sejenis virus dari genus Ebolavirus, familia Filoviridae, dan juga nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Gejala-gejalanya antara lain muntah, diare, sakit badan, pendarahan dalam dan luar, dan demam.
Tingkat kematian berkisar antara 80% sampai 100%. Virus ini dinamai Ebola (Ebola adalah nama sungai di Republik Demokratik Kongo, dulu Zaire), karena virus ini pertama kali terjadi pada tahun 1976 di Zaire.
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat merbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.
Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
KRONOLOGI VIRUS EBOLA
1967 -Penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.
1976 -Sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan.
Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui. Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas.
Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut. Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.
1979 - Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.
1989 - Sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola. Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston.
Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan. Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak.
1995 - Sekali lagi wabak Ebola merebak, kali ini di Kikwit, Zaire. Ia dikenalpasti bermula apabila seorang pesakit yang pada mulanya disyaki mengidap demam Malaria menjalani pembedahan. Tidak lama selepas itu, mereka yang terlibat dengan pembedahan itu menunjukkan tanda-tanda penyakit demam berdarah disebabkan oleh virus.
Penyakit ini merebak dengan begitu cepat, tetapi gabungan pertubuhan kesihatan termasuk beberapa negara Afrika selatan, ahli masyarakat perubatan Perancis, Belgium, Pusat Pengawalan Penyakit Amerika (CDC), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya mengawal wabak ini daripada terus merebak. Daripada 293 kes yang dikenalpasti semenjak 1 July 1995, 233 berakhir dengan kematian iaitu pada kadar 80% kematian.
24 November 1995 - Seorang penyelidik wanita berbangsa Swiss, yang sedang telah melakukan bedah siasat kepada bangkai chimpenzi bertujuan untuk menyiasat mengenai peningkatan kes kematian dikalangan monyet chimpenzi yang tinggal di hutan Tai di Cote d’Ivore di Afrika Barat, didapati dijangkiti virus Ebola. Dia telah dibawa pulang dan dirawat di Swiss dan berjaya sembuh. Setelah hasil belah-siasat pada chimpenzi mengenalpasti gejala penyakit yang serupa dengan serangan virus Ebola, usaha mengesan tempat asal virus Ebola telah dijalankan, tetapi menemui kegagalan. Ini disebabkan oleh keluasan hutan Tai, seluas 4,200 kilometer, terlalu luas untuk pencarian terperinci.
Februari 1996 - Virus Ebola sekali lagi dikesan di pendalaman Gabon Afrika Barat.
Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa. Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.
Sumber: Suria FM
2 Ulasan