Slot Akasia Bila Hati Berbicara

Slot Akasia Bila Hati Berbicara

Slot Akasia Bila Hati Berbicara
Sinopsis rasmi Drama Bila Hati Berbicara slot akasia TV3. Drama terbaru yang diadaptasi dari Novel dengan judul yang sama karya Antasya Balkis akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula pada 28 Oktober 2014 setiap isnin hingga khamis pukul 7.00 petang. Drama Bila Hati Berbicara terbitan Suhan Movies yang diarahkan oleh Amie Maziah turut dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Syafiq Kyle dan Atiqah Suhaime sebagai watak utama drama tersebut.

Barisan Pelakon Drama Bila Hati Berbicara Slot Akasia TV3

Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Azwan Kombos sebagai Encik Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia
Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara Slot Akasia TV3



Mengisahkan tentang percintaan Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju tanah manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan rumah setinggan dan tidak bekerjaya. Kisah bermula apabila Emir Qasya cuba untuk membeli tanah dirumah setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan. Namun, Emir Qasya mendapat kecaman hebat daripada penduduk setinggan berkenaan yang juga diketuai oleh seorang gadis iaitu Tania Katsura. Bagaimanapun, Emir Qasya menggunakan taktik licik apabila cuba menawarkan Tania pekerjaan demi memujuk penduduk untuk menjual tanah dikawasan berkenaan.

Setelah mengenali Tania,  Emir telah jatuh cinta terhadap Tania namun enggan meluahkan perasaan tersebut kerana bimbang akan perbezaan darjat. Bagaimanapun, Emir cuba memperkenalkan Tania kepada pembantu peribadinya iaitu Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri pada pandangan kali pertama tertarik dengan Tania dan cuba menawan hati Tania. Bagaimanapun, Emir berasa tercabar dan cuba memikat hati Tania semula. Akhinya, Tania pun telah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dengan Emir.

Namun, sesuatu telah berlaku dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Catat Ulasan

0 Ulasan