Team Building Crew B AuoSunpower

Team Building Crew B AuoSunpower

Team Building Crew B AuoSunpower

Salam satu blogger. Hari ini crew/shift kami iaitu Crew B AuoSunpower telah mengadakan team building di MIBC ( Melaka International Bowling Center).

Di tempat kerja aku ini , yang bestnya setiap shift wajib mengadakan aktiviti dan menerima sedikit sumbangan dari pihak syarikat. Shift kami adalah shift yang terakhir mengadakan aktiviti untuk tahun 2014 ini. 

Yang tak bestnya ianya tanggungjawab Supervisor..hehehehehehe. Aku ler tuuuuu..ahaks. Kegagalan mengadakan team building ini bermakna aku gagal....


Team Building Crew B AuoSunpower
Disebabkan aku ini baru lagi kerja so untuk bab-bab menguruskan agak lemah dan ianya salah satu kegagalan kami. Ada juga hal-hal berkaitan yang lain mengagalkan usaha kami..

Mahu tak mahu, dalam masa 3 hari aku uruskan juga team building ini yang mesti diadakan sebelum penutup tahun 2014 ini. 

Syukur alhamdulilah, semua perancangan berjalan lancar . Mudah mendapat sewa bowling walau pun pada hari Sabtu.

Penyediaan hamper-hamper dibantu oleh isteri dan adik-adiknya. Memang dapat save budget lerr..hehehe.
Banner pun siap di designkan oleh syarikat banner cuma tadi agak panik masa aku nak ambil banner, kedai lak tutup!!.Tapi setel juga..


Team Building Crew B AuoSunpower

Walaupun yang datang tak ramai seperti tertulis di jadual kedatangan sebab hujan lebat namun semuanya berjalan lancar.

Yang penting semua gembira dan dapat berkumpul tanpa memikirkan masalah kerja dan untuk aku secara peribadi, inilah masanya aku mengenali anak buah aku ini..

Terima kasih yang hadir memberi sokongan team building Crew B FE2 Manufacturing AuoSunpower Melaka dan tidak dilupakan pihak syarikat yang sentiasa memberi pelbagai manfaat pada pekerjanya.



Team Building Crew B AuoSunpower

Catat Ulasan

1 Ulasan

Aunillah berkata…
terima kasih di atas perkongsian ini