JVC Shah Alam Ditutup

JVC Shah Alam Ditutup

JVC Shah Alam Ditutup

Gempar di media sosial apabila operasi kilang elektronik, JVC yang terletak di Shah Alam dikatakan tutup dengan pekerja ditawarkan skim pemberhentian kerja sukarela (VSS).

Dulu JVC Shah Alam merupakan salah satu syarikat yang sering aku pergi kesana jika ada masalah kualiti. Syarikat lama aku merupakan pembekal kepada JVC Shah Alam untuk produk elektronik mereka.

JVC Shah Alam Ditutup
Ramai rakan-rakan yang aku kenal di sana seperti Veera, Rasul dan yang lain-lain. Dengar khabar tapak syarikat JVC Shah Alam telah dijual dengan harga RM350 juta.

Aku sempat juga pergi ke laman facebook rakan-rakan aku dan tak nampak statement rasmi JVC Shah Alam akan ditutup tetapi  menurut statement rakan aku melalui facebooknya memang JVC akan tutup terus.

Kebanyakan pekerja yang bekerja di JVC Shah Alam adalah pekerja lama dan memang sukar untuk mencari pekerjaan buat masa sekarang ini. Apatah lagi dengan umur yang semakin meningkat.

Aku dah melalui pengalaman ini dan cukup memahami perasaan gusar mereka semua ini.  Tetapi kegusaran mereka boleh diredakan kerana mendapat pampasan dari pihak kilang. Boleh lah bertahan sementara mencari pekerjaan baru.

JVC Shah Alam DitutupGunakan wang tersebut sebaik-baiknya, jangan beria-ria nak berniaga jika tanpa pengalaman.

Sia-sia sahaja nanti. Bawa diri bertenang sebulan dua dahulu dan pikirkan apa tindakan selanjutnya. Itu nasihat peribadi aku.

Beberapa bulan yang lalu pekerja MAS ramai yang diberhentikan dan kini JVC Shah Alam.

Ekonomi Malaysia semakin tenat ker. Atau peluanng ekonomi di negara lain lagi baik kepada pelabur-pelabur asing ini?

Bila melihat nasib yang melanda rakan-rakan aku ini, membuat terpikir betapa bersyukurnya aku kerana diberi peluang pekerjaan walau umur semakin meningkat pada ketika itu, Berdoa dan muhasabah diri adalah tindakan terbaik sebagai seorang islam.

Sumber photo: Rakan facebook JVC

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
kesiannya.. dah lah nak raya kan..