Anak Kecil Melayu Memandu Motor Tanpa Helmet

Anak Kecil Melayu Memandu Motor Tanpa Helmet

Anak Kecil Melayu Memandu Motor Tanpa Helmet

Pernah tak anda melihat anak-anak kecil melayu sekitar umur 8 hingga 15 tahun memandu motor tanpa memakai topi keledar. Dua kesalahan yang mereka lakukan iaitu memandu tanpa topi keledar dan sudah tentu yang utama mereka tiada lesen.

Dan rata-ratanya memang melayu ler. Baik dibandar atau di kampung sama sahaja aku. Kadang-kadang aku naik takut dan geram melihat cara mereka membawa motor yang agak merbahaya Dah lah tak pakai helmet kau pecut laju-laju pula. Dah banyak kes mereka dilanggar oleh kereta atau motor akibat perbuatan tanpa menghiraukan keselamatan diri mereka.

Dalam hal ini, aku tak marahkan mereka sebab inilah tabiat anak-anak kecil apabila mendapat motor. Ghairah mereka lain macam, apatah lagi kalau ada kawan yang membonceng. Lagi berlagak.

Tapi persoalan yang timbul ialah bagaimana mereka mampu membeli motosikal padahal mereka masih bersekolah.la Sudah tentu ia milik ibubapa mereka. Sudah tentu mereka dapat lesen membawa motor tanpa lesen dan helmet datangnya dari arahan ibubapa mereka!!

Inilah tipikal sikap ibubapa orang Melayu. Anak-anak kecil yang pandai membawa motor siapa lagi yang ajar kalau bukan ibubapa. Ibubapa Melayu memang menjadi kebiasaan mereka melepaskan anak mereka begitu sahaja membawa motor. Dididik dari rebung katanya...hahahha

Sebenarnya anak-anak kecil ini diberi lesen hijau membawa motor kerana senang untuk ibubapa mengarah anak mereka membeli barangan untuk mereka atau menjadi pos hantar barang. Tak payah lagi nak keluar rumah, suruh jer anak. Apatah lagi kalau habuan dapat bawa motor, memang senang kau mengarah mereka.

Inilah tindakan budaya paling bodoh yang aku lihat dilakukan oleh orang melayu. Memang senang kerja tak payah ke kedai lagi sebab anak kecil anda sudah pandai bawa motor. Tapi impak yang anda dapat ialah 90% keburukan.

Pertama anda mengajar anak anda melanggar peraturan iaitu tiada lesen boleh bawa motor. Akan datang tiada lesen boleh bawa kereta pula, Akibat didikan songsang melanggar peraturan telah diterap oleh ibubapa melayu ini, maka ujudlah budaya rempit melayu. Dari kecil anak kau bawa motor, lama kelamaan kelajuan dari 20 km/j menjadi 110km/j. Untuk mereka tiada salah kerana ianya dilakukan dengan kebenaran ibubapa mereka.

Kedua memandu tanpa helmet, salah ibubapa melayu juga. Sudah tentu masa anda menyuruh anak anda ke kedai, motor tu diparking dalam rumah. Sah-sah anak kecil anda keluar tanpa pakai helmet diketahui oleh anda. Sikap tak peduli ibubapa melayu kerana beranggapan anak mereka hanya pergi kedai dalam kampung atau berdekatan dengan rumah, tak payah pakai helmet.

Inilah kebodohan ibubapa melayu, sepatutnya seawal usia mereka, patut diterapkan nilai-nilai keselamatan diri. Ini kau kasi bawa motor tanpa helmet. Tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab sudah tentu ibubapa mereka pun tak pakai helmet kalau ke kedai berdekatan,..hehehehehe. Sebab apa ibubapa mereka pun tak pakai topi keledar. Sebabnya masa dia orang kecil pun, mereka dibenar membawa motor dan tanpa pakai helmet....hahahaha. Generasi ke generasi bro..


Budaya anak-anak kecil melayu dibenar membawa motor dan tanpa helmet haruslah dihentikan.





Catat Ulasan

1 Ulasan

Elina berkata…
Selalunya begitulah. Patutnya ibu bapa juga kena mainkan peranan