BLOGGER VIDEO MENGATASI BLOGGER PENULISAN

BLOGGER VIDEO MENGATASI BLOGGER PENULISAN

BLOGGER VIDEO MENGATASI BLOGGER PENULISAN

Satu tamparan hebat dan satu situasi yang harus di terima oleh semua blogger. Dimana dunia yang semakin berkembang teknologinya dan minda pembaca yang berubah-ubah adalah satu cabaran yang yang harus di lalui oleh blogger.

Ya, kita harus akui blogger video sememangnya telah mengatasi blogger penulisan. Dengan pelbagai kemudahan media sosial yang menawarkan platform video seperti instagram, facebook, linkedin dan pelbagai lagi. Imej blogger video untuk maju ke hadapan semakin kuat mengatasi blogger 'old school' penulisan.

Lihat sahaja di Facebook, 80% isi dalam tu adalah video. Dari jual produk hinggalah mengutuk orang. Semua pakai video. Tak yah nak tulis-tulis panjang- panjang lagi. Letak telefon pintar kau depan muka kau dengan latar belakang yang cantik. Hafal sedikit dialog dan cakap.

Aku sebagai blogger penulisan memang terasa impaknya dan terasa jauh dan sukar nak mengejar blogger video ini. Setiap tahun ada sahaja cabaran sebagai blogger. Kalau Google tak buat hal dengan algoritma dia pasti ada penambaikan dari segi trend.

Walau apapun sebagai blogger penulisan, jika pandai mengguna teknik penulisan yang baik dan tepek gambar yang menarik. Jangan lupa artikel haruslah berkualiti tinggi. Dah tak boleh plagiat lagi...semata- mata nak pastikan setiap hari anda menulis. Tulis dari idea dan niche anda.

Sebab itu aku dah berubah semenjak beberapa bulan ini dan mula menulis artikel yang bersifat analisis. Susah tapi apa nak buat. Ni semua blogger video punya pasal.

Kalau anda seorang pembaca. Anda mahu menonton video blogger atau penulisan. Sudah pasti blogger video, kerana anda tak perlu memenatkan diri nak scroll nak baca artikel. Buka video, dan dengar. More simply..

Tapi saya yakin blogger penulisan tetap ada saingannya. Terima kasih pada Google yang masih memberi ruang yang besar dalam algoritma mereka  dalam memberi rating blog melalui penulisan blogger berbanding video. Inilah kelebihan blogget penulisan dalam mencapai pencarian enjin yang baik di enjin carian.

Tapi kita harus berubah. Hanif Idrus blog tetap akan menulis. Nasihat saya pada semua buat dua-dua sekali. Menulis dan video blog. You Tube adakan. gunakan sebagai plafform video blogger dan tepek kat dalam blogger penulisan anda. Awak akan gain nikmat juice dari dua platform ini.

Hanif Idrus Blog takkan buat video blog. Pertama ia kurang kacak..hehehe. Kedua tak pandai cakap dengan video..hahaha. Tapi tak tahu mungkin satu hari nanti akan berubah sebab bukannya teknologi yang mengejar kita tapi kita yang mengejar teknologi.

Sama juga dengan pemasaran produk, dulu tulis dan buat pamplet sudah cukup. Tapi kini kena buat video untuk lariskan produk anda. Kita terpaksa berubah.

Anda macam mana?

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Bagi saya, saya lebih suka blog penulisan. Saya percaya blog penulisan akan terus kekal dan tetap ada pembaca. Kerana bukan semua orang suka tengok video. Apatah lagi sekarang banyak video yang kurang 'berisi'. Kontroversi sahaja lebih, janji dapat populariti. Oppss terlebih pulak haha