SERONOK LIHAT USTAZ-USTAZ BERGADUH

SERONOK LIHAT USTAZ-USTAZ BERGADUH



Beberapa hari yang lalu ada ustaz ini tegur Ebit Lew yang menunjuk-nunjuk bersedekah.

Dan kemudian berlakulah pertikaian antara ustaz yang sokong dan tak sokong Ebit Lew. Kemudian keluar ler SOP bagaimana bersedekah dalam islam gara-gara Ebit Lew. Manakala ustaz yang mencemuh pula, masih dengan kedegilan atau pendiriannya bahawa cara Ebit Lew salah.

Kemudian ramai ler ustaz yang berbicara tentang sedekah dan sepanjang kisah di FB penuh dengan kisah Ebit Lew ini.

Hinggalah Ebit Lew dipanggil polis kerana ada laporan tentang beliau dan akhirnya beliau membuat penyataan bahawa beliau akan memberhentikan aktivitinya sehingga PKP.

Seronok melihat ustaz-ustaz dalam alam maya ni bergaduh. Sokong sana, sokong sini. Rasa macam filem drama bersiri.

Tapi admin sebagai islam rasa amat malu melihat perangai ustaz-ustaz kita ni. Sepatutnya sebagai ilmuwan agama diamkan sahaja perkara ini. Tak perlu semua ustaz nak jadi hero dalam laman sosial.

Manakala ustaz yang viral ini sepatutnya berbincang terus dengan Ebit Lew kalau tidak puas hati. Kenapa nak jatuhkan maruah dia. Ustaz sama ustaz dan masing-masing ilmu agama tinggi. Berbincanglah tapi ta, dia tulis kat laman sosial.

Di Malaysia ini, mudah sangat kita mengiktiraf seseorang itu ustaz. Tengok sahaja rancangan realiti PU atau Daii, masuk rancangan realiti terus jadi ustaz.

Pendek kata pandai berdakwah dengan keluarkan nas-nas tertentu dan disokong oleh netizen, terus dilantik sebagai ustaz.

Apatah lagi kalau muka putih dan tak der jerawat. Tanu baca doa sikit, erus cop dia ustaz dan pujilah melambong berseri wajah. Tipikal orang melayu...hahahaha

Akhirnya keluarlah pendakwah koboi di Malaysia dan demand sekali nak berdakwah di masjid/ surau bayarannya RM3000. Bergantung pada populariti ustaz-ustaz ni.

Kerja agama dah macam artis sekarang ni. Ikut populariti..hahahahaha. 

Sebab itu bila dah popular sikit, mulalah lupa etika sebagai ustaz dan riak mula timbul. Dalam islam pun ada beritahu, golongan yang setan suka ialah golongan agama ni. Kalau setan-setan ni dapat porak perandakan ulama/ ustaz ni kira dapat markah bonus ni. 

Admin malu jika bangsa asing yang membaca FB melihat ahli agama ini bergaduh. Apa pandangan mereka.

Admin malu melihat kualiti ustaz di negara ni yang seperti admin katakan, kualitikah mereka diiktiraf sebagai ustaz.

Tapi apa nak buat, inilah salah satu ciri-ciri akhir zaman iaitu kualiti ahli ugamawan kita berdasar populariti. 

Tahniah buat penjuang islam Malaysia. Double thumb up admin berikan. Netizan kalau nak sangat islamkan diri, pergi ke jabatan agama islam dimana banyak kelas agama. Tak payah kau taksub sangat dengan ustaz bersepah di jalanan dengan dalil-dalil mereka takut anda akan  salah jalan.  

Pasal bersedekah pun boleh gaduh sampai sekarang. Apa plak tentang isu-isu lain. Berbalik pada sumber iaitu gunakan jabatan agama islam dan jangan ikut ustaz lantikan laman sosial.


Catat Ulasan

1 Ulasan

iskandarX berkata…
akhir zaman macam macam dah jadi nak glamer nak nama nak pangkat semua ada semoga semuanya dirahmati Allah S.W.T