LINDA BEAUTIES MEMULAKAN EKSPERIMEN Ads

LINDA BEAUTIES MEMULAKAN EKSPERIMEN Ads

 

Pengiklanan adalah asas dalam mana-mana perniagaan on line dan platform iklan yang terkenal dan boleh memberi hasil ialah FB atau Instagram.  Linda beauties memilih 3 platform utama iaitu FB ads, Instagram ads dan Shopee ads.

Admin memilh produk FACIAL STEAMER yang merupakan produk terlaris kalau mengikut kajian yang dilakukan di Google Search /Trend.

Dan mengikut kajian niche kecantikan agak konsisten semenjak beberapa tahun ini. So admin memilih satu produk untuk ujian ilmu ads admin.

Sebenarnya admin tidak berapa bijak dalam ilmu ads ini. Kalau sekadar buat ads semua orang boleh buat tapi ia memerlukan skill yang tinggi sebenarnya.

Apatah lagi jika menggunakan ads FB yang memerlukan anda target pengguna dan kawasan yang betul. Kalau salah target maka ZERO SALES.

Kalau buat iklan semua produk boleh jual, semua orang akan kaya cepat. Betul tak..hahahhaa.

Pertama apa yang admin belajar ialah copywriting kena power. Sebagai contoh admin tulis kat gambar sebelah ini ialah untuk FB ads. Letak icon kasi tarik perhatian dan push emosi dengan letak 61% discount serta Free Shipping dan jangan lupa CTA ( Call To Action ) letak ikon SHOP NOW.

Manakala untuk iklan Shopee admin gunakan derma kerajaan dari kempen penjana untuk peniaga on line di Shopee sebanyak RM500. Alang-alang dalam tabung dah ada duit pakai jer buat iklan...hahahaha. Duit free. 

Kalau difikirkan admin dah rugi sebanyak RM2K untuk belajar buat iklan sahaja. Dari buat iklan tahap tabur budget gila-gila atau terlupa nak setting budget hinggalah dah pandai sedikit buat iklan. Ada sales tapi lebih rugi dari sales. Tapi untuk pembelajaran, terpaksa admin telan sahaja.

Tapi kali ini bukan untuk belajar lagi, kena serius kalau nak buat iklan. Admin habiskan 3 jam hanya nak setting gambar dan ayat serta video untuk buat iklan ini. Gambar kena jelas dan video mesti dalam format HD baru dapat tarik pelanggan.

Budget yang admin guna hanya RM20 jer untuk FB dengan membuat 2 split bermakna setiap split hanya RM10. Split yang pakai ialah perbezaan umur iiatu 27-37 tahun dan 37- 47 tahun. Nak tengok mana umur yang akan lebih banyak klik.

Manakala untuk shopee budget RM20 tapi ia lebih mudah sebab anda hanya perlu fikirkan keyword sahaja. Tiada demografi atau interest atau umur. Dan kalau malas keyword kasi auto jer. 

Sekarang orang putih kata cross your finger. Jadi atau tak jadi. Kalau tak jadi rileks jap dan buat lagi. Untuk FB ini admin runningkan selama 5 hari dengan kos RM100 dan Shopee juga 5 hari dengan kos RM100. Bayangkan untuk satu produk kena habiskan RM100-RM200.

Itu jumlah paling minimum buat iklan, kalau lagi besar anda pump lagi banyak pelanggan akan dapat iklan produk anda. RM10 adalah standard buat beginner macam admin, itu nasihat founder Mervably yang ajau admin dunia e-commerce ni. Kalau tahap macam member admin ini satu hari iklan dia RM1000 dengan sales RM7-RM10K sehari. Ada yang ads sehari RM5000 atau RM20K. Bila anda join golongan macam ini, takut lerrrr...hahahhaha. Biar admin cuba RM10 dulu...hahahahahahah

Catat Ulasan

1 Ulasan

ketapang kencana berkata…
salam kenal dan sukses selalu kak, terima kasih.