Moratorium Patut Dilanjutkan.Kenapa?

Moratorium Patut Dilanjutkan.Kenapa?



Gaji bulan depan bermulalah semula pembayaran semula pada pihak bank setelah enam bulan kerajaan memberi kelonggaran tidak perlu membayar ansuran rumah, pinjaman peribadi dan kereta.

Mereka yang tidak terjejas, mengambil peluang ni dengan menyimpan setiap bulan lebihan wang atau berjoli sakan..hahaha.

Manakala yang terkesan dengan PKP ini boleh tarik nafas lega untuk rolling duit yang semakin berkurangan. Dan untuk pengetahuan seramai 800 ribu terkena tempias PKP Covid-19 ini.

Dan bulan Oktober ni mereka yang berhutang dengan bank sudah mula mencongak duit lebihan jika pembayaran akan dilakukan semula.

Masih ramai lagi yang tiada pekerjaan dan juga terlalu ramai yang pekerja swasta masih terpaksa ambil cuti dan potongan gaji. Isu ni dijangka berlanjutan hingga tahun hadapan.

Admin mengatakan Moratorium patut dilanjutkan kerana ekonomi domestik kita semakin pulih kerana rakyat Malaysia mula berbelanja di dalam negara. Ini adalah satu mekanisma yang baik kerana ia dapat gerakkan ekonomi PKS yang terbantut semenjak 3 bulan lalu.

Kenapa ekonomi domestik Malaysia cepat pulih. Salah satu sebabnya ialah rakyat Malaysia mempunyai wang untuk berbelanja. Dari mana wang itu mereka perolehi?

Dari faedah Moratorium yang diberikan oleh pihak kerajaan dan bank. Wang lebihan digunakan untuk berbelanja dalam negeri semaksimum mungkin kerana rakyat Malaysia bukan boleh melancong ke luar negeri.

Industri hiliran pun mendapat tempias yang bukan sedikit akibat pembanjiran pembelanjaan seperti kedai makan amnya.

Manakala industri tempatan seperti bengkel kereta, kedai baju dan lain-lain pun kekal menjana pendapatan kerana rakyat Malaysia berbelanja seperti biasa malah admin boleh katakan lebih sedikit kerana semua ada lebihan wang.

Admin jangka pada bulan November, perbelanjaan domestik Malaysia akan merundum apabila pembayaran Moratorium tamat. Tiada wang lebihan malah kena berjimat akan memberi kesan pada ekonomi domestik.

Lihat sahaja negara Indonesia, kadar perbelanjaan domestik mereka menurun negatif!!! Berapa banyak perniagaan dalam negeri mereka akan lingkup kerana wang tidak mengalir dalam ekonomi.

Tambah teruk ler Indonesia dengan kadar pengangguran yang tinggi. Ini yang akan berlaku pada Malaysia jika kita tak lanjutkan Moratorium, lagipun PKP pun dilanjutkan hingga hujung tahun ni kan. Apa salahnya Moratorium ikut PKP.

Admin tidak meminta tanpa pembayaran 100% tapi pelepasan secara berperingkat dimana 3 bulan pertama pembayaran sebanyak 50% dan kemudian beransur-ansur dinaikkan seiring keadaan ekonomi Malaysia yang masih belum stabil.

Barulah rakyat Malaysia tak panik bulan Oktober ni kena bayar penuh semua pinjaman.

Admin faham, Moratorium ini adalah ihsan pihak bank tapi untuk kelangsungan ekonomi pihak bank juga.

Admin berani potong jari, sebaik sahaja Moratorium ini tamat. Kita lihat berapa banyak kereta akan kena tarik sebab tak mampu bayar oleh pelanggan anda.

Itu baru kereta belum lagi rumah atau pinjaman lain. Sebabnya ekonomi Malaysia belum pulih!!!.

Nampak rakyat Malaysia berjalan ke sana ke mari sebab duit Moratorium tu. Anda fikir berapa persen yang menyimpan? Hahahaha.

Moratorium harus dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga hujung bulan December ni. Kalau tak percayalah cakap admin.

Ramai yang akan kecundang dan ramai peniaga kecil akan gulung tikar kerana perbelanjaan dalam negeri akan menguncup. Target kerajaan untuk kadar pèmulihan tahun 2022 mungkin patut dilanjutkan lagi.

Admin sudah 2 kali terpalit dengan masalah ekonomi global ni. Sengsara rasanya.. Dan ratus kali melihat rakan-rakan kecundang akibat masalah kewangan.

2020 adalah tahun terbaik kerana ada pro-aktif yang cukup kuat dari kerajaan bantu rakyat. Tak seperti zaman admin dulu, terkontang-kanting dibuatnya.

Tapi admin nak jelaskan, zaman kami gen X adalah generasi orang susah dan biasa susah. So kalau gawat ekonomi macam mana pun kita boleh survive.

2020 kebanyakan adalah gen Y, mereka tak kental. Fahamkan maksud admin..

Admin minta Moratorium dilanjutkan. Percayalah dan lihatkah kesannya nanti.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Hamidjoejoharidaud berkata…
Memang patutlah dilanjutkan
Hamidjoejoharidaud berkata…
Tak siapa tahu akan jadi begini. Alhamdulillah jika kita dapat menerimanya dengan keinsafan kerana masih ada orang yang lebih susuh daripada kesusahan yang kita alami.