RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DIRI PASAL KWSP AKAUN 1

RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DIRI PASAL KWSP AKAUN 1

Admin dah fed up baca pasal kes akaun 1 KWSP.

Isu akaun 1 KWSP ini meletup sebab gara-gara si bekas PM Najib kita syorkan kerajaan benarkan one off RM10K pengeluaran pada semua rakyat kerana ramai yang susah kerana COVID-19 ini.

Rakyat Malaysia apabila dengau tentang duit ajer, terang biji mata terus 99% bersetuju agar dibenarkan segera.

Dan bila kerajaan umumkan bahawa hanya RM500 sahaja dibenarkan keluar selama 12 bulan dengan pengeluaran bersasar  semua melenting. Abah tetiba jadi jahat dan pentingkan diri.

Kelakau aku baca luahan rakyat Malaysia yang banggang tahap Norita ni. Orang Malaysia ini umpama anjing yang dilepaskan terjerat, lepas ajer dari jerat terus gigit kau.

Sebelum ni, buat pertama kali di dunia. Kerajaan Malaysia kasi Moritarium selama 6 bulan. Lepas tu kasi BPN kepada semua golongan. Lepas tu kasi i-lestari pada semua orang. Dan pelbagai geran dan imbuhan untuk rakyat Malaysia semasa PKP yang lalu.

Masa tu semua rakyat Malaysia sanjung Abah lah yang terbaik menjadi PM. Kalau Abah tak jadi PM, rakyat Malaysia pasti tersisir atau jadi macam Indonesia.

Sekarang terbalik plak. Hanya kerana akaun 1 KWSP yang diutarakan oleh Najib yang sebelum ni kau orang pun tak pernah terpikir pun. Bila Abah tak kasi kau kutuk dia dan kata baik sokong Anwar. 

Apa kejadah kau orang ni. Memang rakyat Malaysia ni jenis tak sedar diri. Masalah politik di Malaysia ni sebenarnya berpunca dari individu rakyat Malaysia jenis lalang macam ni. Tak dapat  apa yang dia nak, mengelupur macam cacing. 

Jasa Abah terus dilupakan hanya kes akaun 1 KWSP ini. Biawak betul orang macam ni.

Kau orang nak tahu tak. Admin pernah lalui zaman kemelesatan ekonomi pada tahun 1998 dan 2008. Apa yang admin dapat dari kerajaan. Habuk bro....

Pandai-pandai ler kami uruskan kewangan kami dengan gaji dan elaun kena potong.  Susah perit ikat perut nak uruskan keluarga. Kalau kereta rosak, tepuk dahi sebab perbelanjaan tak merangkumi kereta rosak.

Nak dapat BPN atau apa kejadah bantuan memang tak pernah dapat. Tapi kami survive!!!

Pada tahun 2020 kes COVID-19 bila kerajaan kasi macam-macam. Aku terkedu dan jika ditanya rakan-rakan generasi X aku pun terkedu. Wow!!!! Hebatnya bantuan kali ni.

Rileks kat umah dan tak payah pikir nak bayar hutang. Gaji masuk bulam-bulan...indah dunia.

Bila hanya kes akaun 1 KWSP ini kau kecoh. Aku kecewa dengan individu sedemikian.  Apa yang kamu nak lagi ahhhh... Dalam kehidupan ni, bukan semua kehendak kita akan kita perolehi. 

Inilah jenis rakyat Malaysia tak sedar diri. Betul ker kalau Anwar ambil alih dia akan kasi kau keluar one off RM10K akaun 1 KWSP.
Zaman PH dulu pun, paling hebat dia kasi RM30 top up....hehehehehe..

Dan sebelum jadi hero cyber kutuk Abah. Lihat nasib rakyat negara lain banding negara kita....


Catat Ulasan

1 Ulasan

NARDtheNERD berkata…
kesian PM Abah ye.. dia ada kerajaan yang fragile.. :(