Sepi sebuah pantai yang indah |
masih ujud selain di Tanjung Bidara yg terkenal. Today aku bawa anak isteri mandi kat sana dan promosi Pantai Kundur dalam web aku.
Kemudahan kat Pantai Kundur ni lengkap. Kemudahan tandas yg baik dan
murah. Sekali masuk RM0.50. Selain itu terdapat byk gerai2 kecil yg jual
pelbagai makanan dan juga terdapat medan selera yg disediakan.
Tempat tinggal lak ada apartment murah yg tersedia utk disewa. Apartment Mutiara. Malam kalau nak makan memang tak pening, byk sangat dgn makanan laut yg spesial. Aktiviti riadah kat laut disediakan kayak. Ni ada sikit kelemahan, yg ada kayak ajer. Bot2 laju atau banana tak der.
Selain itu utk aktiviti berkumpulan tersedia pentas dan dewan rekreasi. Memang sesuai tapi kena calling JKK kampung sana buat tempahan. Lupa lak, ia juga ada tapak2 perkhemahan utk yg budget rendah..hehe. Atau jiwa alam sekitar, suka tidur kat luar..
Keselamatan dijamin krn pantai ni terletak betul2 mengadap jalan raya. Tak tersembunyi kat hutan2 atau hujung2 pantai. Lupa lagi, jika minat memancing memang sesuai utk kaki pancing. Pantai ni merupakan tempat anjuran GP JORAN BH tiap2 tahun. So, ada ikan ler..hehehe.
Welcome to Pantai Kundur. Dan lihat gambar2 yg tak berapa cantik yg aku ambil kat web aku. Just klik tajuk atau tulisan bawah gambar.
0 Ulasan