Job To Do and Job Priority

Job To Do and Job Priority

Hanif Bin Idrus Blog
Minggu motivasi kembali lagi. Hari ini nak cerita tentang Job To Do. Job TO DO (JTD) ialah salah satu cabang dalam PDCA.
Sebagai contoh hari ini anda dah plan apa kerja nak buat. Dan melalui plan tersebut terdapat 12 kerja pada hari. Anda re-sorting balik semua kerja dan tinggal 8 kerja yang penting dan mesti dibuat.
Ini dipanggil Job To Do. Dan Job To Do anda akan memilih keutamaan kerja yang hendak dilakukan.
Keutamaan kerja yang hendak dilakukan bergantung pada aspek :
a) Berapa lama nak selesaikan kerja itu
b) Susah atau senang proses kerja tersebut?
c) Siapa yang boleh membantu anda dalam membuat kerja tersebut?
d) Jika melibatkan kuantiti, sedikit atau banyak kuantiti tersebut?
e) Keperluan kerja itu melibatkan repot, bila hendak hantar repot tersebut? Adakah urgent atau penting?
f) Cukupkah kakitangan untuk menjalankan kerja tersebut?

Dari situ anda sudah boleh memilih apa hendak buat dahulu. Tetapi saya mengalakkan anda memilih persoalan no (e) dahulu kerana ia melibatkan performance kerja anda. Jika sesuatu keputusan melibatkan boss anda, baik ambil tindakan dahulu. Kalau tak emm...black list ler anda.
Bila boss anda hendak repot tersebut, sebelum anda kena study ler kapasiti kemampuan diri anda. Jika anda rasa boleh siap dalam masa 2 jam. ANDA MESTI BERITAHU KERJA ANDA AKAN SIAP LAGI 3 JAM!!!!!!  Ini kita namakan safety time untuk kita, dalam management jika kita siap awal boss akan apperiacite. Kalau siap lambat ..lu pikir lah sendiri. Lagi pun kita tak pressure nak kerja masa.
Perkara pertama dalam melihat priority job, kita mesti lihat samada boss yang request, urgent tak?Perkara kedua, tiba-tiba masa tengah buat kerja boss yang urgent, datang lak satu lagi kerja yang urgent. Macam mana? Of course kita kena ubah job priority kita. Dalam perkara ini , itu yang penting kita gunakan safety time yang saya sebutkan tadi. Anda mempunyai lebihan 1 jam untuk menguruskan kerja tambahan yang tiba-tiba muncul.
Apa kata kita burukkan kan senario ini!!!! Setelah anda analisis kerja tambahan masa yang diperlukan mengambil masa 3 jam. Dua-dua kerja penting. Macam mana?
Di sini kita kena gunakan persoalan (c), siapa yang boleh bantu anda. Jika anda kata tiada yang boleh bantu anda. Maka saya boleh anggap anda bukan management!!!!!!! Inilah realiti management, you always must have backup for your job... trained  new members...Jika tidak your are in big problem...!!!!!!!!! Kerana dalam management masalah yang berlaku setiap hari tidak sama, jika tiada masalah maka anda rilex. Jika ada masalah..sudah tentu anda penat. Dan sudah tentu jika anda seorang ketua, mesti mempunyai orang bawahan yang boleh lakukan kerja anda...
Faham sudah tentang perkara ini, siapa yang boleh membantu anda dan safety time...Bila melibatkan kerja anda mesti mempunyai huraian atau detailed skop kerja yang hendak dibuat, JOB TO DO merupakan proses asa dalam menjalankan kerja anda. Jika tiada asas ini maka pada hari itu anda sesat dalam membuat kerja anda.
Setelah paham apa nak buat, anda mesti mengupas isi kerja tersebut berdasarkan 6 perkara yang saya sebutkan tadi.
Dan anda jua mesti sentiasa BERSEDIA untuk meghadapi masalah baru ..Ini di panggil abnormality.( Akan diterangkan dalam entri lain). Atau maksud lain, tiba-tiba muncul masalah lain. Tajuk ini akan melibatkan persoalan (a), (b), (d), dan (f).........
Thanks ..ini yang aku sedang ajar leader aku...

Catat Ulasan

0 Ulasan