Kereta accident asyik terbakar

Kereta accident asyik terbakar

Hari ni baca paper kereta accident langgar treler, rentung terbakar.
Al-fatihah untuk mangsa kejadian. Yang menjadi persoalan aku sekarang
ni adalah fenomena kekerapan kereta terbakar. Dulu pun selalu accident
tapi tak dengar kereta terbakar. Kalau ada pun jarang sangat. Kini dah
mcm biasa lak, tak perlu aku senaraikan kereta2 accident yang selalu
terbakar. Kenapa? Aku bukan pandai sangat tapi dari mulut2 orang,
sejak kerajaan kenalkan minyak RON95 ni kereta banyak terbakar.
Mungkin kadar oktana dia tinggi kot. Dan aku sebagai buta kimia ni
hanya mampu berfikir secara logik, mengiyakannya. Dulu RON95 tak der,
jarang sangat dengar kereta terbakar. Sekarang kerap dengar. Itu logik
aku. So sekarang aku pakai RON97 ajer, dan tiba2 RON97 naik harga
lak!! Kita kena buat kajian menyeluruh masalah ini, adakah kereta
terbakar kerana spec kereta tersebut. Tapi kereta2 yang terbakar model
lain-lain. Entahlah, yang penting kena buat sesuatu!! Jika benar RON95
penyebab bende ni, maka pihak yang menyembunyikan perkara ni, amat
besar dosanya. Banyak nyawa dah terkorban. Lu jawab ler kat akhirat
nanti. Ini pendapat aku dan mulut2 rakyat biasa yang cakap. Aku tak
ada evidence nak buktikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan