Aku sekarang dalam perjalanan pulang ke Melaka pada jam 11pm. Penat
dan happy jugak dapat jalan2 di bandar Taiping. Kawasan pertama aku
pergi ialah Zoo Taiping. Aku memang nak sangat tengok zoo Taiping ni
kerana dengar khabar macam bagus. Aku nak tengok perbezaan dgn zoo
Melaka. Pertamanya harga tiket memang mahal. Dewasa RM12 dan kanak2
RM8. Melaka lagi murah!! Tapi bila kau masuk kat dalam pehh!! besau
giler. Ada macam2 binatang yang tak der kat zoo Melaka. Contohnya mcm badak air, babi. Babi lak ada 2 atau 3 jenis. Aku baru tahu..hehehe.
Kedua sikap penghuni zoo ni memang friendly, senang nak pegang dan amik gambar. Tak perlu kau pakai telephoto lensa. Kau amik jer dekat2. Aku ada kesempatan amik gambar mönyet dan gajah tahap dekat punya...hahaha. Lain2 dia ada keretapi trem yg tak putus2 amik penumpang, dari segi ni aku respek. Walaupun panjang beratur tapi disebab keretapi dia banyak, so tak ada masalah. Tempat istirehat pun
OK, agak besar.
Dan berdekatan dgn kawasan rehat, boleh amik gambar sama ular. Aku tak amik, sebab tak mencabar ular sawa tu. Kecik benau, hanya tahap betis aku ajer. Kalau besau paha aku, mau gak aku.. Selain itu kawasan riadah dia memang aman damai. Aku sempat amik gambar pohon pokok mencecah air. Pehh! memang menarik. Aku ngan kakak aku sempat berkelah kat sana makan nasi lemak ngan ayam ngan sambal
sotong..hahaha. Kemudian aku pergi Bukit Larut atau bahasa omputihnya Maxwell Hill. Tapi sempat duduk kat bawah bukit ajer, jeep yg bawa penumpang dah habis. Sayang sekali. Itulah aktiviti aku kat Taiping.Tak cukup masa. Target nak pergi Pulau Pangkor tapi masa tak cukup dan anak2 tak ikut. Rasa macam bersalah ajer..kekeke. So aku batalkan niat aku yg membara ni..Itulah kisah cuti aku kat Taiping.
Kerja kahwin dan jalan2. Nanti aku masuk gambar kat FB.
0 Ulasan