Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, "Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan
AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air."

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14
buah negeri di Amerika.

Catat Ulasan

4 Ulasan

salam kenal...
BTW folo(51)jg..
kakD minta izin share info ni...pas tu kakD link kan la blog kamu sbgi sumbernya....
Tanpa Nama berkata…
Salam,

Info ini tak tepat. HIV/AIDS tak boleh membiak melalui rawatan ini. Virus HIV/AIDS tak boleh hidup lama di luar badan, apatah lagi dalam badan ikan.

Di Amerika, rawatan ini diharamkan kerana ianya dianggap tidak sanitari dan tidak mengikut piawai kesihatan, bukan kerana HIV/AIDS.
Bella Enveeus berkata…
Yup, this is true.. Saya dah pernah membaca tentang hal ini sebelum ini. Saya tak pernah mencuba fish spa begini. Saya lebih rela buat scrub sendiri.
Unknown berkata…
nampak macam geli sikit . huiiii . ikan duk kerumun kaki . tak sanggup . terbayang lak piranha ..