Penat! tu yang dapat aku katakan sekarang tentang kerja aku. Dulu aku kata Tsunami kat Jepun telah menyebabkan ekonomi Malaysia turun.
Sekarang Jepun dah mula recovery maka output yg tertunda bulan lepas semua forward bulan MAY. Dan sudah tentu kilang tempat kerja aku semakin sibuk. Kena develop produk awal2 utk bulan depan.
Tapi aku lak bermasalah. Bila order naik, mesin semua kena jalan. Bila mesin semua jalan mesti nak ada pekerja. Dan pekerja pula mesti pekerja mahir untuk produk2 precision. Dan untuk kawal pekerja ni mesti ada leader.
Malangnya sekarang pekerja atau operator kilang aku tak cukup. Nak pakai 36 orang tapi ada 22 orang. Kerja gila.
Tapi ni belum cukup gila. Operator lak semua budak baru dan di tambah pekerja tempatan yg
sering ponteng dan pekerja MYAMMAR yg sukar komunikasi bahasa Melayu atau English.
Ni belum gila. Lagi mengilakan ialah leader aku pun baru jadi leader 2 bulan. Bayangkan part urgent, pekerja baru, tak cukup pekerja. Kesannya aku dapat byk produk reject. Nak layan produk reject lak samada QC aku kasi atau customer kasi. Bila produk urgent kena buat overtime. Datang masalah lain, ada beberapa orang tak nak OT.
Aku kena jumpa bdk2 yang tak mau OT dengan paksa mereka OT. Tahap yang paling dahsyat tiba2 ada audit SIRIM minggu dpn, audit process oleh manager dan bbrp audit lain. Mana satu nak layan? Sekarang ni aku tau aku ni dah jadi kebencian operator dan leader aku...huhuhu. Memang cukup penat, tiap2 hari aku cakap ngan boss aku, nak operator. Tapi cari orang bkn macam order roti canai, bila-bila masa dapat. By the way, aku bersyukur kerana produk kat tempat kerja aku naik. Kalau merundum ajer. lama2 kau pun dirundumkan..hahaha. Aku pun bernasib baik mendapat bantuan dari penyelia2 production yg menguruskan sebagai sebahagian masalah aku. Walau apapun memang dahsyat kerja aku 2 minggu kebelakangan ni. Nak senyum pun tak larat!!
0 Ulasan