![]() |
Kenapa |
Hari ini rakyat Malaysia LEGA BESAR!!! kerana minyak Ron 95 tidak naik...Jom lihat harga sebenar minyak Malaysia dengan harga minyak negara lain.
Jangan bandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak...tak adil broo!!!
Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.
Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.
Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.
Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.
Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..
So kenapa minyak Malaysia mahal lagi???
Iran naik minyak tempoh hari pun ada rusuhan dengan harga RM0.35...hehehehhe.Maaf jika entri ini mengusik hati penyokong kerajaan, kita cuma buat perbandingan fakta sahaja..
7 Ulasan
Dah lama tak beedebat rindu lak...kkekeke
Sebagai contoh di Indonesia, pemilik kereta yang mempunyai 2 kereta akan dikenakan cukai tambahan.
a) Pertama nak kawal jammed giler2
b) Kedua nak kawal consumption melampau minyak...
At least kawalan ada? Tapi kroni kerajaan juga yang rugi... kereta tak dapat jual...hehehe
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah..
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency.