![]() |
Dacing yang senget!!! |
Aku sebenarnya penyokong utama BN sejak bangku sekolah. Idola aku MAHATHIR. Tapi sekarang ni, aku pendirian aku dah mula goyah. Bosan dengan bebanan tanggungjawab kerajaan alihkan ke
bahu rakyat seperti aku.
Barang naik tapi gaji tak naik!! Kemudahan kepada rakyat makin lama makin tipis, semua kena bayar!! BN selalu bandingkan harga gula atau minyak atau apa-apa jua yang dia orang naikkan adalah lebih rendah berbanding negara lain. Kenapa tak nak bandingkan dengan negara lain harga gula dan minyak yang lagi rendah!!
Negara Malaysia ni kaya, minyak ada, sumber alam berlambak, tanah2 yang subur, tiada bencana alam dan makmur sepatutnya kebajikan atau nama popular BN iaitu subsidi tak jadi masalah. Janganlah merendah-rendahkan nilai rakya dgn ayat subsidi!!
Macam rakyat meminta sedekah! Pada dasarnya, kerajaan dicipta adalah untuk membantu rakyat dgn menyediakan infrastruktur dan merendahkan kemiskinan. Bukan miskinkan rakyat. Betul! untuk menjana pembangunan, kerajaan perlukan uang dan salah satu cara adalah melalui cukai! Cukuplah dgn mcm cukai
yg ada. Ni tidak, naikkan harga brg keperluan rakyat berkali-kali...
Bila naikkan gula, mula ler keluar iklan, jangan makan gula terlalu banyak nanti kencing manis. Itu teknik 30 tahun dulu ler. Rakyat sekarang benar2 terdesak terutama golongan bandar dan juga gaji kurang
RM2000.
Tak lama lagi nak pilihanraya umum, BN buat perangai naikkan brg. Satu lagi kempen beli umah 100% loan dgn nilai umah lebihi RM200K itu pun mengarut. Memang boleh beli tapi bulan2 nak byr RM MINIMUM
RM1200. Tak lama ramai anak2 muda Malaysia kena black list..hehe. Ni aku akan bincang dalam entri seterusnya.
Jika sesiapa ada membaca blog aku dgn label politik memang tahu aku sokong BN walaupun aku kata
berkecuali. Tapi sekarang aku belah bagi melihat sikap BN yang aku tak pasti apa maksudnya.
Dari: Rakyat Yang Semakin Bosan
6 Ulasan
bertujuan membantu rakyat
setiap masa dan keadaan. Membantu
semaksimum yang boleh, itulah
tugas kerajaan.Ramai hidup menderita sedangkan peminpin diharapkan membantu hidup senang
lenang,kaya-raya,glamour dan banyak
lagi yang tak perlu diperjelaskan.
Ingatlah kerajaan jangan sampai
rakyat tak ingat kerajaan(BN)lagi.
From Rosdi