Bersih 2.0 Impak Dan Kebodohan

Bersih 2.0 Impak Dan Kebodohan


Sudah 2 hari aku tidak menulis entri kerana mengalami demam yang teruk sehingga mengganggu sendi-sendi aku, batuk-batuk yang menganggu paru-paru aku dan tahap letih yang teruk.

Disebabkan keadaan ini, hidupku terbaring lena di atas katil dari hari Jumaat hingga Sabtu, melelapkan mata sambil menahan kesakitan sendi . Semalam petang aku gagahkan diri ini mengeluarkan peluh dengan mencuci kereta, tidak mahu memalaskan badan ini. Syukur, dengan peluh yang keluar demam aku dah baik cuma batuk-batuk sahaja.

Kini aku sudah boleh menjalankan misi yang aku tangguh 2 minggu untuk bercerita tentang perhimpunan haram Bersih 2.0. ( Bersih dulu pernah buat perhimpunan haram pada tahun 2007). Ini kira versi no 2 ler...



Bersih adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk perjuangkan pilihanraya Malaysia yang bersih dan jujur. Itu perjuangan atau ideologinya. Tapi itu semua tidak boleh diterima pakai setelah BN kalah 5 negeri di tangan pembangkang. Itu pendapat aku.
Dan kini pada 9hb Julai 2011, Bersih hendak menganjurkan satu lagi perhimpunan haram di KL atas perjuangan ideologinya.

Tapi sebelum kita membenarkan diri ini digunakan oleh Bersih, terlebih dahulu kita kena kenali siapa pengerusi Bersih iaitu Datuk Ambiga, Bekas President Malaysia Bar Council President yang pernah kecohkan Malaysia tentang kes Lina Joy yang murtad. Sehingga mengegarkan keutuhan kaum dan agama di Malaysia. Mencabar perlembagaan  dan sebagai dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan dan terang-terang  mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A).
Ini adalah perkara yang serius dalam kontek kontrak sosial masyarakat Malaysia yang dipersetujui  tidak boleh mencampur adukkan tentang hal kaum dan agama masing-masing.

Selain itu pihak polis juga telah menutup pintu rundingan tentang permit perhimpunan ini yang mahu diadakan dijalanan.Dan lebih menakutkan Pemuda UMNO, PERKASA dan baru tadi PESAKA akan menghalang perhimpunan haram ini jika diadakan.
Bayangkan apa yang akan terjadi jika perhimpunan ini diteruskan. Pertembungan yang pasti akan memberi bukan kenangan manis dalam lipatan sejarah Malaysia.
Dan lebih teruk lagi diatas kekecohan ini Peristiwa 13 Mei 1969 akan terbuka kembali?

Sebenarnya seperti yang saya katakan dahulu, tension memang ujud dalam kelas menengah Malaysia, cuma pencetus sahaja belum ujud? Dan ini adalah peluang besar dalam melepaskan tension ini, apatah lagi Ambiga kerap dikaitkan dalam mempertikaikan tentang perlembagaan Malaysia dan Islam serta hak Melayu.

Ini bukan tentang ideologi Bersih yang diomong-omongkan tentang pilihanraya bebas tapi ini seolah sebagai satu dendam kesumat atau satu usaha yang lebih besar dalam mengugat kestabilan negara oleh segelintir pihak yang mahu memperbodohkan rakyat Malaysia dalam Struggle of Power. Dan Ambiga adalah scape goatnya..

Jika Ambiga benar-benar memperjuangkan ideologinya dan benar-benar mengambil berat akan kesan daripada perhimpunan ini maka beliau mempunyai hak membatalkan atau menundanya ke tarikh yang lebih sesuai. Atau ubah lokasi di stadium Bukit Jalil.

Dan pihak yang menyokong perkara ini fikirkan secara mendalam kesannya, saya mengatakan bukan kepada bangsa melayu shaja tapi kepada semua bangsa samada Cina atau India.
Jika kekecohan berlaku maka kestabilan negara tercemar, peniaga tidak boleh berniaga, infrastruktur awam musnah, rakyat ketakutan. siapa rakyat yang ketakutan ...SEMUA RAKYAT MALAYSIA..

Dan ketika ini pihak polis terikat dengan segala tindak tanduknya dengan pelbagai peraturan dan suruhanjaya yang mengawalnya. Dan media politik yang mengawasi tindakan mereka. Dan harapan kini terletak pada Kementerian dalam Negeri yang saya lihat telah mengambil langkah-langkah pengawalan yang baik. Nasib baik ISA belum lagi dilupuskan, dalam perkara ini terpaksa diguna pakai. Dan tindakan mengharamkam pertubuhan Bersih

Tapi baru-baru ini parti Sosialis pula membawa fahaman lapuk komunis telah menyusutkan pemikiran penguatkuasa yang sedang kusut sekarang. Saya tidak boleh fikirkan betapa peningnya kepala penguatkuasa kita sekarang ini dalam keadaan serba salah mengambil tindakan.
Walau apapun sebagai individu saya menyokong apa jua tindakan penguasa dalam menanagani masalah ni.

Inilah pendapat saya dalam melihat kemurungan politik Malaysia sekarang. Cerita yang biasanya dilihat dikaca TV kini sedang menular di negara tercinta aku.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Gary Asip berkata…
entah la kenapa rakyat kat semenanjung yang cuma ada melayu, cina & india berbelah sampai macam ni... kat sabah x da pun camni.. padahal dalam tuh ada berpuluh-puluh kaum...
SITI ARFAH berkata…
Ish3. Ape nak jadi la . Mcm2 en. Pape pn juz wait n c ape akn berlaku esok .
THE AUTHOR berkata…
tindakan pantas polis telah brjaya menghalang kekecohan dari berlaku.
Tahniah Polis Malaysia
jahajahatable berkata…
xkesah nak bersuara tapi jangan la sebab nak membangkang kerajaan pegi bersekutu ngn ambiga lahanat tu...ce selidik sape ambiga tu...ape agenda die...dan ape yang die pernah lakukan sebelom ni...