Puasa Dan Komputer Game

Puasa Dan Komputer Game


Ini ler game aku main State Of War
 Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi akan menjelma dan kini sudah 24 hari kita berpuasa. Syukur alhamdulilah dalam bulan puasa, kesihatan agak baik malahan berat badan bertambah...hehehehe.
Dan dalam bulan puasa ini aku telah melanggar salah satu aktiviti yang telah aku haramkan untuk diriku iaitu main komputer game. Bukannya main game chess atau klik2 bom dalam kotak, itu tahap mainan kanak-kanak ...hehehehe  tetapi computer game strategi!!!

Hal ini terjadi masa aku tengah bosan kat rumah dan terjumpa CD game yang telah aku sorokkan  yag bertajuk State Of War... Dengar tajuk pun kau orang pun dah gerun yekk..hehehehe. Cerita tentang perang antara dua pihak menggunakan senjata canggih dan untuk dapatkan senjata ini kita kena tawan nuklear power. Lepas tu kita boleh upgrade jadikan senjata kita lebih power dengan menawan beberapa fasilities.

So aku pun installkan CD  tu, bila dah start main dah tak boleh berhenti... ketagihan main komputer game telah menjalar ke segenap urat dalam tubuhku. Perasaan berdebar-debar sudah menjadi sinonim tatkala aku bermain komouter game ini. Hati menjadi resah apabila kereta kebalku diletupkan oleh pihak lawan atau aku kehilangan nuklear power aku. Fikiran mula berkecamuk apabila tiada duit untuk membina senjata. Keriangan dan kesedihan bersilih ganti apabila peperangan sengit berlaku. Sedih apabila semua strategi peperangan ku tersilap langkah dan riang pabila dapat membedil dengan sesuka hati pihak lawan.
Dan keseluruhan emosi permainan ini, bukan mengambil masa satu atau dua jam tetapi berjam-jam lamanya.

Permainan yang aku minat 10 tahun yang lalu
Dahulu masa aku bujang... aku minat main Red Alert atau Warcraft. Aku pergi bilik kawan aku yang ketika tu ada komputer dalam pukul 10pm. Aku main hingga pukul 6.00am.. Itu sebab aku nasihatkan ibu bapa jangan ajar anak kamu main game mengarut  ini. beli kan playstation ler...atau belikan CD game strategi...Aku berani jamin tiada orang yang mampu menahan godaan game ini kecuali kau patahkan CD tu atau buang atau sembunyikan  playstation tu... Perlu ada undang-undang ketat dalam mengawal anak-anak atau adik-adik kita bila melibatkan perkara ini.
Jangan terperdaya dengan mengharapkan disiplin diri anak-anak anda bermain komputer game  ikut time..hehehehe.
Dengarlah nasihat saya yang punyai pengalaman yang luas dalam dunia komputer game ini.

Catat Ulasan

3 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
aiyoo..cikasamjeruk mmg xminat game..lg2 games yg stress..huk3
Nas berkata…
salam.. nyesal aku aktif sgt men game time ramadhan ni... ibadah xjalan sgt.. isk3
THE AUTHOR berkata…
Nasib baik tak minat...jangan main. Tujuan main game ramadhan konon kasi masa tu hilanagantara sedar tak sedar...lain lak jadi..kekekeke