Bila aku jatuh cinta, terasa mentari memelukku sehangat cintamu.
Bila aku jatuh cinta, terasa dunia ni begitu indah dan hanya milik kita berdua.
Bila aku jatuh cinta, hidupku begitu bermakna.
Bila aku jatuh cinta, saat dikau jauh resah jiwaku tidak menentu.
Bila aku jatuh cinta, wajahmu bermain dalam mimpiku.
Bila aku jatuh cinta, aku mendengar seribu nyanyian dewa dewi memujimu.
Bila aku jatuh cinta, aku melihat sang bulan menemaniku merinduimu.
Dan aku tetap mencintaimu sehingga waktu menghapuskan aku.
Kerana jiwaku adalah untukmu.
Kerana hatiku telah kupenjarakan untukmu.
Kerana rohku telah ku ukir namamu.
Kerana telah tertulis aku adalah milikmu.
Kerana aku mencintaimu.
Untuk isteri ku( kena tulis, kang bini aku ingat puisi ni untuk org lain..kekeke)
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/benarkah-kemalangan-di-malaysia-tinggi.html
3 Ulasan