Benarkah kemalangan di Malaysia tinggi?

Benarkah kemalangan di Malaysia tinggi?

Entri yang amat serius. Tadi aku ada berbincang dengan rakan-rakan pasal reject data. Biasalah kerja kilang, reject adalah isu utama. Cuma tadi benggang ditanya kenapa reject tinggi? Memanglah tinggi kalau dilihat dari segi kuantiti. Kalau dilihat dari segi peratus, sama ajer. Ini kerana bila output tinggi maka reject pun tinggi. Janji perbandingan peratusan reject bulan demi bulan adalah sama atau kurang.

Macam member aku katakan, setiap tahun kerajaan kata kemalangan di Malaysia semakin meningkat. Peningkatan ini diambil kira dari jumlah kuantiti. Bukannya peratusan perbandingan jumlah kereta dgn kemalangan. Logiknya bila jumlah kereta bertambah maka kemalangan akan bertambah. Betul kata kawan aku. Tiap-tiap tahun jumlah kereta bertambah . So kerajaan kena ambil data yg tepat. Masa perayaan automatik kereta bertambah dan kemalangan akan bertambah.

Dalam konsep analisis kita boleh guna pembolehubah 4M. Pehh...member aku dah start. 4M pertama adalah Machine yg bermaksud dalam tajuk perbincangan ini adalah kereta atau motor. Adakah kereta yg terlibat dalam kemalangan kuasa kuda besar dan bagaimana keselamatannya.

Kedua Method, adakah cara pengawalan undang2 berkesan. Berapakah umur pemandu yg terlibat. Berapakah kekerapan waktu kemalangan samada siang atau malam.

Ketiga Manpower. Adakah pemandu yg terlibat pemandu baru. Adakah rekod pemanduannya baik sebelum ini.

Keempat Material yg boleh kita beri contoh jalanraya. Adakah jalan raya bandaran keadaan baik. Adakah ruang lane lebuhraya pada masa ni sesuai. Kadar kemalangan yg paling tinggi berlaku di jalan bandaran atau lebuhraya. Dari selidik ni kita boleh membentuk hipotesis utk pemasalahan ini.

Dan kiraan tindakan samada baik atau tidak mestilah tepat. Sekarang ni tak tepat sebab tu masyarakat nampak tiada kemajuan. Benar, kematian kemalangan takkan ada peratusan lak. Seolah2 nyawa manusia macam produk. Tetapi utk melihat samada tindakan itu berkesan atau tidak, perlu kira-kira yg tepat. Wujud pula soalan mcm mana nak ambil data jumlah kereta atau motor atau bas. Member aku kata, kalau dia boleh fikirkan baik dia jadi menteri.,hehehe. Tapi yang pasti, masalah reject aku tak selesai kerana perbincangan dah tersasar.,kekeke.
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/kaki-wayang-raya-tak-jadi.html

Catat Ulasan

0 Ulasan