Kaki Wayang: Hantu Bonceng

Kaki Wayang: Hantu Bonceng


Memang best cerita Hantu Bonceng yang aku tengok tadi.  Mula-mula malas nak tengok selepas anak buah kata best..teringin lak. Ditambah kakak aku yag mendesak. So hari ini aku beli tiket satu family kakak aku ngan bini aku dengan mak aku sekali tengok cerita lawak ini.
Aku rekemen kau orang tengok cerita ini, ia ada banyak senario..dari jumpa hantu, lepas tu kena bomoh dan lepas tu cerita gangster. Nyam... tak menjemukan kerana bini aku dari tadi tak hilang ketawa dia..hehehehhe.
Cuma satu dialog yang aku rasa tak sesuai masa kat hospital, si Amran panggil makwe dia baby tetiba makwe dia yang tengah rajuk cakap BABI. Tak nyam sebab rata-rata penonton ialah kanak2...masa nak balik tadi pun aku lihat bebudak ni dah cakap ayat tuuu...
baca lagi kalau nak tahu tentang sinopsis


SSinopsis ini aku pinjam dari  decrewz.com 
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Sila menonton arahan Ahmad Idham ini .........

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
suka tengok citer lawak..hantu patut lawak,,yang ni seram hahahaaa
THE AUTHOR berkata…
memang seram mula-mula lerrr...kekekek
Eyqa Zaque berkata…
Alamak!! Tunggu raya tahun depan main kat tv 3 (desperate) haha.
emieysandra berkata…
zizan ade, macam best jer..tp xbrani nk tgk citer seram kt wayang =.='
Staff berkata…
Bro, lepas tengok macam kureng lah. Nantikan review ya.
Wani. J berkata…
best, best

layan jeee ble free
cik asam jeruk berkata…
sori bro, bg cikasamjeruk cite ni kureng la..xtau mana silap,aku xgelak besor pon..ke ngah pms..hahaha
THE AUTHOR berkata…
awak ni jenis tak takut..ci asamjeruk..apa orang perakkatak Ketenagk...jenis degil punya kot..hehehehehe.
Pehh!! tengok hantu pun tak takut..
joe_tupai2265 berkata…
nak download hantu bonceng...download sini..

http://linkcerita.blogspot.com/2011/09/hantu-bonceng-movie-2011.html