Dalam dunia berblogging sering kita dengar berkenaan mencuri hakcipta penulis.
Dan ramai yang mengadu sering diciplak tentang karya blog mereka dikebas oleh blogger lain.
Malahan ada yang claimed gambar pun kena kebas....hehehehhehe.
So ramai ler yang buat protect kalau copy paste kat blog mereka nanti keluar ler ayat seperti:
a) Kopi susu...hehehhe
b) Hoi nak curi ker...dan macam-macam lain..
Dan kalau ayat kasar tulis kau ni kerbau ker nak copy..
Tapi pada pendapat aku apa salahnya kalau mereka ambil. Ambillah kalau rasa entri tu bagus malah kita akan rasa bangga kerana ada orang yang ambil entri kita ni buat rujukan.
Sebenarnya itulah salah satu tujuan kita berblogging, berkongsi maklumat dan menambahkan ilmu yang ada. Jika entri anda di copy oleh seorang blogger dan kemudian blogger lain copy entri anda dari blogger tu. Maka ilmu tu berkembang luas dan pada masa yang sama semua orang mendapat manfaat. Siapa yang mendapat pahalanya...anda juga!!!
Itu pendapat aku....
Kita bukan penulis novel yang memerlukan hakcipta terhadap karya kita. Berapa nilai entri anda sampai nak marah-marah kalau orang copy karya anda.Kalau tak nak orang curi entri kau, jangan jadi blogger. Taip entri dan simpan dalam harddrive anda.
Mungkin mereka marah kerana tak diberikan kredit jika anda ambil entri mereka. At least kalau ambil tulis ler nama blogger tu...Atau beritahu mereka anda pinjam karya mereka bukan mencuri..kekekekeke.
Sebenarnya aku merasa mual melihat benda-benda macam ni. Jika kita membuat satu kajian sebenarnya kajian tu sudah dikaji oleh pihak lain. Kita cuma menambahbaik sahaja.
Sebagai contoh tajuk : "Bagaimana Menaikkan Alexa Rank Anda"
Kalau di cari dalam internet terdapat berjuta entri pasal ini. Anda hanya perlu collect semua data dan pilih yang terbaik. Beritahu dengan saya berapa kajian atau post yang benar-benar tulin ujud dalam dunia blogger ini. Berapa hipotesis yang benar-benar tulin yang belum pernah orang kaji lagi...?
Kita berblogging adalah kepuasan diri atau meluahkan perasaan kita. Dan sesekali kita mempelajari sesuatu ilmu yang baru seperti teknik-teknik blogging.
Copy and paste ini adalah perkara lumrah dalam blogging tapi mestilah berhemah. Jangan asik nak meminjam ajer, ubahsuai sikit ayat-ayat tu kasi lebih sedap. Dan jangan lupa tujuan kita berblogging ini kebanyakkan adalah kerana lontaran perasaan melalui tinta komputer. Luahkan perasaan anda!!!
Macam aku sekarang ni...hehehehehe. tengah meluahkan perasaan malam-malam buta ni...
6 Ulasan
BAGILAH KREDIT KPD PENULIS ASAL. SAMA JUGAK ORANG COPY KITA PUNYA
Harap2 takdak yang suka buat camni..
Melalui komen-komen ini saya tahu semua tak kisah entri mereka di copy tapi janganlah mengaku tu artikel anda..tu yang mereka marah!!
I agree
Macam Mana nak Buang Artikel yang diCopy di Enjin Search Google