Peristiwa Panik Di Hari Deepavali

Peristiwa Panik Di Hari Deepavali

Peristiwa Deepavali semalam merupakan hari paling cemas dan panik dalam hidupku.
Seperti biasa sempena cuti ini aku merehatkan badan dan lagi pun demam belum kebah lagi so aku lepak-lepak kat rumah pekena air barli buatan mak mentua aku sambil tonton televisyen TV3 cerita Tamil. Orang tengah demam katakan..hehehheee..

So tetiba bini aku panggil minta tolong teleponkan ambulan ada jiran sebelah rumah jatuh tangan patah..
Aku suruh bini aku telepon ajer tapi apa masalahnya tak dapat...rupanya dail 994..hehehehe ..sepatutnya 999.
Pehh!!! panik rupanya.


So bila tak dapat call, aku pergi ke rumah jiran sebelah, tau ajer ler kat kampung kena redah hutan . Sampai sana aku tengok budak pompuan tu tengah terjerit-jerit kata sangat sakit. Aku suspek tangan patah ler ni..
Aku tanya mana yang sakit. Aku cucuk kat lengan dia jerit, aku cucuk kat siku pun dia jerit..pehhh!! Lalu asik jerit ajer , aku buatkan anduh untuk tampung tangan dia, lagi dia kuat jerit... (nasib baik ilmu pengakap ada lagi..hehehehe)

Tetiba ada jiran sebelah bawa kereta dia dan kami pun bawa naikkan kereta. Pada masa yang sama keluarga perempuan ni tak ada kat rumah so kami terpaksa handle bende ni..

Masa nak bawa kat kereta aku ingat nak dukung ajer, tapi bila tengok saiz dia..batal semangat..( tak larat), lagi satu asik-asik jerit kang mahu tahap pekak aku dibuatnya..hehehe. Lagi satu kalau kurus pun, takkan aku  nak angkat..mak mentua ku kat sebelah..kerja giler  walau niat di hati ni baik..
So nasib baik bini jiran yang bawa kereta dan adik ipar aku tolong papahkan..

Aku ikut hantar ke klinik terdekat, aku hanya mampu tenangkan ajer minah yang tengah sakit ini.
Nasib baik bila tiba kat klinik, ada doktor on call dan ada ambulan lagi.
So mereka pun hantar minah tu ke hospital Melaka.
Dan pada masa kami tinggalkan dia ..minah tu masih terjerit lagi..The End.

Catat Ulasan

4 Ulasan

burnkelana berkata…
Haha.. Kelakar lah experience ko ni..
cik asam jeruk berkata…
wah org lain jatuh orang lain panik..xpe2..demam kan..kui3
shahdiana berkata…
hahah..kelakar...blog yang sempoi...